All posts by Syamil Rosli

[PFAM – asiana.my] Undian Pemain Terbaik Liga Premier Edisi Julai 2018

00 Mula

01 - Thiago Augusto

02 - Limam Seydi

03 - Darren Lok

04 - Shahrom

05 - Gilberto Fortunato

06 - POTM -All Nominee -

 

Create your own user feedback survey

[PFAM – asiana.my] Undian Pemain Terbaik Liga Super Edisi Julai 2018

00 Mula

01 - Rufino Segovia

02 - Farizal Marlias

03 - Nor Hakim Hassan

04 - Ifedayo Olusegun

05 - Bruno Matos

06 - POTM -All Nominee -

 

Create your own user feedback survey

[PFAM – asiana.my] Undian Pemain Terbaik Liga Premier Edisi Jun 2018

00 Mula

01 - Thiago Agusto

02 - Hector Ramos

03 - Darren Lok

04 - Mugenthirran Ganesen

05 - Akanni Sunday

06 - POTM -All Nominee -

Create your own user feedback survey

[PFAM – asiana.my] Undian Pemain Terbaik Liga Super Edisi Jun 2018

00 Mula

01 - Rufino Segovia

02 - Fernando Marquez

03 - Hariss Harun

04 - Tchétché Kipré

05 - Indra Putra Mahayuddin

06 - POTM -All Nominee -

 

Create your own user feedback survey

[PFAM-asiana.my] Undian Pemain Terbaik Liga Premier Mei 2018

00 Mula

01 - Sim Woon-Sub

02 - Faiz Hanif Adnan

03 - Thiago Agusto

04 - Kpah Sherman

05 - Wan Zack Haikal

06 - POTM -All Nominee -

Create your own user feedback survey

[PFAM-asiana.my] Undian Pemain Terbaik Liga Super Mei 2018

00 Mula

01 - Liridon Kedah

02 - KFCM

03 - Hafiz Ramdan

04 - Gonzalo Cabrera

05 - Wander Luiz

06 - POTM -All Nominee -

 

 

 

Create your own user feedback survey

[PFAM-asiana.my] Undian Pemain Terbaik Liga Premier April 2018

00 Mula

Shukor Adan - Felda

Casagrande - Felcra

Lucas Pugh - UiTM FC

David Laly - Felcra FC

Iain Ramsay - Felda

All Nominee

Create your own user feedback survey

[PFAM-asiana.my] Undian Pemain Terbaik Liga Super April 2018

00 Mula

Wander Luiz - Perak FA

Gonzalo Cabaera - Perak FA

Muhamad Nor Azam Bin Abdul Azih - Pahang FA

Sandro - Kedah FA

Patrick Cruz - Pahang FA

Nominee - All

Create your own user feedback survey

GUNA KONTRAK BAHARU!

Media Statement - 10042018

Sejak dari awal penubuhan PFAM pada tahun 2014, PFAM telah giat menjalankan usaha untuk memperbaiki kontrak profesional pemain bersama dengan pasukan. PFAM dengan kerjasama FAM telah mengadakan pelbagai siri perbincangan untuk memperbaiki mutu kontrak profesional pemain, seiring dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh FIFA.

Pada 24 Mei 2017, satu memorandum persafahaman telah ditandatangani oleh PFAM dan FAM sebagai komitmen PFAM dan FAM untuk bekerjasama dalam pelbagai isu berkaitan dengan pemain, dan antaranya ialah mewujudkan kontrak standard pemain yang baharu dan pengurusan kes pemain yang lebih baik menerusi penubuhan National Dispute Resolution Chamber (NDRC).

Memorandum persefahaman ini telah merancakkan usaha PFAM dan FAM untuk memperbaiki kontrak pemain ke arah yang lebih adil dan baik. Antara perkara yang telah dipersetujui untuk memastikan kontrak baru pemain adalah lebih baik ialah mengeluarkan klausa yang membenarkan kontrak pemain ditamatkan atas alasan kecederaan dan prestasi, yang juga seiring dengan jurisprudens dan terma-terma dalam Peraturan Status dan Perpindahan Pemain yang dikeluarkan oleh FIFA di peringkat global.

Pada 26 Disember 2017, satu pekeliling telah dikeluarkan oleh FAM supaya semua pasukan yang bertanding menggunakan kontrak yang baru bagi musim yang akan datang. Pekeliling itu juga menggariskan bahawa kontrak yang telah ditandatangani oleh pemain dan pasukan atau kontrak yang masih mengikat pemain dan pasukan, maka kedua-dua pihak haruslah menghormati dan meneruskan dengan kontrak tersebut. Sekiranya pasukan ingin melanjutkan atau menandatangani kontrak yang baru dengan pemain, maka kontrak baharu ini wajib digunakan, dan kontrak baharu ini berkuatkuasa serta merta. Sekiranya terdapat pertelingkahan antara pemain dan pasukan sebelum penubuhan National Dispute Resolution Chamber, Jawatankuasa Status Pemain FAM akan mendengar kes-kes tersebut dan selepas penubuhan NDRC, pertelingkahan antara pemain dan pasukan akan didengari oleh NDRC mengikut klausa dalam kontrak baharu bersama pemain.

Usaha ini adalah bertepatan dengan usaha PFAM dan FAM untuk memastikan kontrak pemain dan pengurusan kes berkaitan dengan pemain dapat dicernakan dengan lebih profesional dan mengikut standard global.

Namun, berdasarkan laporan yang telah diterima oleh pemain sehingga April 2018, masih terdapat pemain dan pasukan yang menggunakan kontrak lama. Hal ini menyebabkan wujudnya konflik dimana perkara-perkara yang sudah dihapuskan, masih diamalkan. Justeru, untuk melicinkan proses transisi penggunaan kontrak lama kepada kontrak baru, kami di PFAM menggesa pemain dan pasukan agar meggunakan kontrak baharu menjelang pembukaan jendela perpindahan pemain untuk memastikan kebajikan pemain melalui kontrak dapat dijaga.

Kewujudan kontrak baru ini adalah bertujuan untuk memastikan sebuah kontrak yang seimbang dan adil dapat dilaksanakan demi kepentingan kedua-dua pihak.

Kami amat berterima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh FAM di bawah kepimpinan bekas Presiden, Tunku Ismail yang amat memahami peri pentingnya pembaharuan yang dibuat terhadap kontrak ini. Juga tidak dilupakan kepada YH Dato Hamidin, kerana menjadi orang pertama yang membuka pintu terhadap cadangan pembaharuan ini. Tidak dilupakan juga, seluruh Jabatan Undang-Undang FAM, yang sentiasa komited dan sangat proaktif dalam bersama-sama kami untuk menjayakan transformasi kontrak pemain ini.

Sekali lagi, kami menyeru agar kontrak baru ini digunakan menjelang jendela perpindahan baru di setiap liga. Moga nilai profesionalisme bolasepak Malaysia akan menjadi lebih baik di masa mendatang.

Izham Ismail
Ketua Pegawai Eksekutif
PFA Malaysia