Supporting the Players, Building the Game

Eksklusif: “PFA Nadi Pemain” – Zesh Rehman

ZeshSaya telah menjejakkan kaki di Asia, sejak 5 tahun yang lalu, di mana 3 tahun saya berada di rantau Asean khususnya Thailand, dan kini di Malaysia. Saya amat bersukacita apabila dimaklumkan kini pemain bola sepak professional di Malaysia telah mempunyai sebuah badan induk yang mewakili mereka. Berdasarkan pengalaman saya bermain di Liga Perdana Inggeris, keempat-empat liga di UK dalam tempoh 10 tahun, saya mempunyai kesedaran yang tinggi akan kepentingan dan kebajikan saya sebagai seorang pemain bola yang perlu di ambil berat dari segi kontrak atau status kewangan.

Saya berkhidmat dan menjadi sebahagian daripada jawatankuasa pengurusan Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA) di England sejak tahun 2008 dan telah melihat sendiri bagaimana pemain boleh terus mendapat manfaat daripada nasihat mengenai perkara-perkara kontrak, kecederaan, pendidikan, latihan, kesihatan mental dan membuat persediaan untuk kehidupan selepas bola sepak . Gordon Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif PFA telah memberi penekanan yang besar kepada pembangunan kakitangannya dengan menerap terus bekas-bekas pemain sendiri yang mempunyai pengetahuan tentang kesukaran yang pemain dan bekas pemain hadapi.

Pemain bola sepak secara umum selalu merasa tidak selamat dan perlu jaminan bahawa mereka tidak keseorangan dalam melalui apa sahaja dalam dan di luar pertempuran bidang yang mereka hadapi, peranan PFA kadang-kadang boleh menjadi mentor dan memberi sepenuh tumpuan terhadap kepentingan pemain. PFA di Malaysia akan memberi jaminan kepada pemain tempatan dan asing bahawa PFA akan sentiasa berada di sini untuk memberikan nasihat apabila diperlukan.

Melalui perbualan saya dengan rakan-rakan yang bermain di negara lain sekitar Asia Tenggara dan telah menghadapi masalah seperti contoh, gaji mereka tidak dibayar tepat pada masa, dan beberapa kerumitan yang lain. Ada yang merasakan bahawa penjagaan kesihatan mereka dan keluarga mereka telah diabaikan sama sekali. Pemain import selalunya berhijrah ke negara tempat mereka ‘bekerja’ dengan ahli keluarga mereka, dan akan mempunyai mentaliti mereka tidak akan dapat mendapat layanan yang sepatutnya mengetahui oleh kelab-kelab, dan lebih rumit lagi akan selalu berlakunya masalah kelewatan pembayaran gaji. Perlindungan untuk pemain ditetapkan wajib di UK dan Eropah dan hakikatnya, PFA telah dilahirkan di sini dan bersedia untuk beroperasi bukan hanya untuk tempoh masa sekarang, tetapi untuk integriti masa depan bola sepak juga.

Berdasarkan pengalaman saya dengan PFA England, saya sentiasa merasakan bahawa hasil daripada bengkel yang disampaikan oleh bekas pemain dan semasa amat berharga untuk pemain, terutamanya mereka yang berada di peringkat akhir kerjaya mereka. Bukan sahaja ia dapat membuka minda mereka mengenai apa yang akan berlaku selepas karier, tetapi ia juga mewujudkan persekitaran di mana pengetahuan yang disampaikan dapat dikongsi dengan pemain-pemain junior yang akan mengganti tempat mereka.

Kesimpulannya, jika pemain gembira di luar padang dengan mengetahui dia berada di dalam tangan yang baik dan dilindungi oleh PFA, semestinya dia akan lebih cenderung untuk mampu melaksanakan apa jua tugas pada tahap terbaik. Saya boleh dikira sebagai bernasib baik kerana tidak menghadapi apa-apa isu sepanjang perjalanan karier saya di Malaysia dan semua pemain di sini yang dikenali juga tidak mempunyai banyak isu. Saya percaya bahawa sesungguh mencegah itu lebih baik dari merawat, dan fokus kewujudan PFA di sini adalah untuk memastikan perkara itu dijamin.

Sesungguhnya, pemain hanyalah seorang manusia dan sering memerlukan sokongan kuat di belakang mereka. PFA di England telah menyelamatkan ramai pemain dari kemurungan dengan menyediakan nasihat yang berterusan, bimbingan dan baru-baru ini telah menubuhkan sebuah bantuan perkhidmatan talian 24 jam di mana pemain yang menghadapi tekanan boleh memilih untuk menghubungi PFA dan mendapatkan nasihat secara sulit. Dengan rangkaian pemain bola sepak profesional bekas yang ada untuk membantu rakan-rakan dari terperangkap di dalam kemurungan, bantuan ini merupakan satu langkah positif ke hadapan.

Apa yang harus disedari ialah, bola sepak merupakan kerjaya yang singkat dan kami berada dalam kedudukan yang bernasib baik untuk mendapat bayaran dengan baik dengan melakukan apa yang digemari, tetapi apabila sampai ke penghujung jalan karier,  akan terdapat pelbagai ruang kosong dalam kehidupan pemain yang perlu di isi. Antara fungsi PFA di sini ialah untuk membantu pemain mengisi kekosongan itu dan menyokong mereka dalam kerjaya mereka sama ada di dalam aspek bimbingan, pendidikan atau perniagaan.

Beberapa bekas rakan sepasukan di England yang telah bersara telah menjadi guru sekolah, jurulatih, akauntan, peguam cara, fisio, sukan saintis dan beberapa daripada mereka telah menjadi kaunselor. Penekanan yang besar telah diletakkan di bahagian mental permainan dan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada pemain di sini. Sebagai seorang pemain import juga, anda ingin tahu bahawa anda boleh berhubung dengan seseorang di negara asing, yang dapat memberikan anda maklumat yang betul tetapi juga dapat menjadi teman untuk berkomunikasi di saat menghadapi masa yang sukar. PFA di sini diharapkan dapat memainkan peranan penting sebagai tempat berhubung dengan para pemain.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Zesh, sila layari www.zeshrehman.com

 

—–

 

I have been plying my trade in Asia now for 5 years, with 3 of those years being spent in the Asean regions of Thailand and now Malaysia. I am delighted that the players in Malaysia now have a governing body representing them, which should give them peace of mind. From my experiences of playing in the English Premier League and all four leagues in the UK over a 10 year spell, I’m aware on the importance of having my own welfare and interests being catered for whether its contractual or financial.

I have been on the management committee of the Professional Footballers’ Association (PFA) in England since 2008 and have seen first hand how players have benefited from the advice on contractual matters, injuries, education, coaching, mental health and preparing for life after football. Gordon Taylor, the CEO of the PFA has placed huge emphasis on building his staff around those who have played the game and have first hand knowledge of the difficulties that current and former players face.

Footballers in general are very insecure and need reassurances that they are not alone in whatever on and off field battles they face, the role of the PFA can sometimes be that of a mentor and having the players best interest at heart. The PFA in Malaysia will give the local and foreign players comfort knowing they can turn to the PFA here for advice when needed.

I have spoken to friends who have played in other South East Asian Countries and have faced problems with their salaries not being paid on time, and on some occasions not at all. Some have felt a sense of neglect when it comes to health care for them and for their families. Import players often come with family and its a daunting thought knowing that they are not being treated properly by the clubs, and to make matters worse waiting for the player to be paid. Protection for the players is mandatory in the UK and Europe and the fact the PFA here is now up and running is huge not just in the immediate but for the future integrity of the game.

From my experiences with the English PFA, I always felt that the delivery of bespoke workshops by current and ex players is particularly valuable for the players, especially those who are in the latter stages of their careers. Not only does it open their mindsets as to what lies ahead after playing but it also creates an environment where knowledge is passed on to make it easier for the next batch of players.

Ultimately if a player is happy off the pitch knowing he is in good hands and protected by the PFA he is more likely to be able to perform at his best.  Luckily I have not any issues during my time here in Malaysia and all the players here I know have similarly not had many issues. I believe prevention is better than finding a cure and the PFA here are central to that.

Players are only human beings and often need a shoulder to lean on. The PFA in England has saved many players from falling into depression by providing on-going advice and guidance and have recently set up a 24 hour help line service where players facing increased pressures or stress can pick the phone up and seek advice in full confidentiality. Having a network of former professional footballers that are there to help colleagues sinking into depression is a positive step forward.

Football is a short career and we are in a fortunate position to get paid well for what we love but when that comes to an end, there is a huge hole to fill in players lives and what players decide to once retiring can sometimes be daunting. The PFA here will hopefully help players to fill that hole and support them in their next career whether its coaching, education or setting up a business.

Some of my former team-mates in England who have retired have become school teachers, coaches, accountants, solicitors, physios, sport scientist and some have become counselors. A Huge emphasis has been placed on the mental side of the game and is something that could benefit the players here. As an import player you want to know you can call someone in the country that you are playing in who can provide you not only with the correct information but also be there to speak to when times get difficult. The PFA here will hopefully become that first port of call.

To learn about Zesh visit his webite www.zeshrehman.com

Building the Game