Supporting the Players, Building the Game

Garis Panduan Media Sosial PFAM: Jom Jadi Pemain Bijak!

SocialMediaRata-rata pemain bolasepak menggunakan Twitter, Instagram dan Facebook serta media sosial yang lain untuk berhubung dengan lebih dekat dengan para peminat. Tidak dinafikan bahawa media sosial merupakan medium yang sangat berkesan sekiranya digunakan dengan berhemah dan penuh bijaksana. Malangnya, ramai pemain bolasepak dan individu mendapati mereka dalam kesukaran setelah memuatnaik pandangan yang diragui kesahihannya, pendapat yang cuai, mempunyai unsur penghinaan atau imej yang bersifat kontroversi.

Bagi mengelakkan perkara ini dari terus menular pada masa hadapan, Dr. John Price yang merupakan pakar sukan dan media sosial telah menggariskan beberapa tips di dalam artikel beliau yang bertajuk “Top Tips For Staying Social While Staying Out Of trouble”. Berikut merupakan tips yang boleh diikuti oleh para pemain :

1. BERFIKIR SEBELUM ANDA ‘POST’

Antara perkara yang menarik mengenai media sosial adalah ia boleh digunakan terus dari telefon bimbit anda di mana sahaja anda berada. Namun, ini bermakna anda hanya satu saat dari apa jua muat turun anda tidak pasti dan mungkin anda akan sesali setelah ia dimuatnaik.

2. ABAIKAN SEBARANG PROVOKASI

Sekiranya anda berhadapan dengan seseorang yang membuat provokasi, elakkan untuk memberikan reaksi terhadap perkara tersebut. Namun, sekiranya terdapat mana-mana individu yang menghantar mesej yang tidak sopan dan mungkin merupakan satu kesalahan, anda diminta melaporkan perkara tersebut. Anda boleh menekan butang ‘Report’ pada profil pengguna sekiranya  menggunakan Twitter. Jika mesej tersebut bersifat rasis, seksis dan keterlaluan, anda boleh memuat-turun aplikasi ‘Kick It Out’ bagi membuat laporan berkenaan insiden yang berlaku.

3. ‘POST’ SECARA BERTANGGUNGJAWAB

Anda harus menghormati penyokong-penyokong anda walaupun mereka bersikap sebaliknya terhadap anda. Anda juga dilarang untuk memuatnaik sebarang bentuk imej yang memaparkan nasihat yang berniat jahat. Anda juga ditegah mencemarkan nama baik kelab/persatuan anda keran ini termaktub dalam kontrak pemain.​

4. MEMAHAMI UNDANG-UNDANG

Menyatakan sesuatu yang salah atau bertentangan dengan undang-undang seperti mendedahkan identiti seseorang yang dilindungi oleh undang-undang daripada didedahkan adalah sama dengan kesalahan yang dilakukan dalam media sosial. Anda juga perlu berhati-hati kerana sekadar ‘retweet’ atau mengambil bahan dari sumber yang boleh dipercayai juga boleh mendedahkan anda kepada pertuduhan.​

5. JADI LEBIH MESRA DALAM BERSOSIAL

Jangan hindari diri anda dari media sosial. Adalah tidak salah untuk mengekspresikan pandangan anda di media sosial dan berhubung dengn peminat- Media sosial memberi anda peluang untuk membina sokongan yang bernilai setelah anda bersara dari arena bolasepak. Ingat: Anda merupakan pemain bolasepak dan segala apa yang dilakukan akan diperhatikan.

6 PERKARA YANG HARUS DIINGATI

  • Elakkan membuat komen kepada perkara yang bersifat sensitif sama ada perkara tersebut berhubungkait dengan bolasepak atau sebaliknya. Harus diingat bahawa apa sahaja yang anda ucapkan boleh disiarkan dan diletakkan dalam media arus perdana dan bakal terdedah kepada salah faham dan salah tafsir oleh mana-mana pihak.
  • Elakkan melakukan kritikan terhadap seseorang – Tidak kisah sama ada seseorang itu mempunyai kaitan dengan bolasepak atau sebaliknya, lebih-lebih lagi individu yang mempunyai autoriti seperti pengadil, pegawai, eksekutif kelab/persatuan, pekerja kepada sesebuah persatuan dan mana-mana penaja.
  • Elakkan membuat komen terhadap kecederaan seseorang atau pemilihan pemain dalam pasukan anda kerana ia melibatkan maklumat yang boleh diklasifikasikan sebagai sulit dan jika terdedah, ia bakal memberi kelebihan kepada pihak lawan.
  • Pastikan ketepatan, kesahihan dan kerelevanan sesuatu maklumat sebelum anda menghebahkan perkara tersebut.
  • Elakkan membuat komen semasa anda marah atau kecewa. Ini kerana, apabila ia sudah dimuat-turun dan terdedah kepada pihak awam, memadam komen tersebut tidak dapat mengelakkan masalah daripada timbul.
  • Jika anda sangsi dan tidak pasti tentang kesahihan sesuatu makumat yang boleh dikatakan sebagai kontroversi – Jangan muat-turun!
  • Sebagai seorang pemain profesional, adalah penting untuk seseorang pemain menjaga perilaku profesionalnya samada di dalam dan di luar padang. Seorang pemain harus tahu bahawa beliau adalah ‘public figure’ dan sering menjadi perhatian ramai pihak. Jangan memberi ruang untuk pihak-pihak tertentu melakukan serangan yang akhirnya akan menjatuhkan kredebiliti intelek anda. Berfikir dan bertindaklah secara profesional dengan minda kelas pertama!
  • Eksekutif Pemasaran & Komunikasi

    PFA Malaysia

  •  

Building the Game