Supporting the Players, Building the Game

Hari Keputeraan Tunku Mahkota Johor

TMJbdayTunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Nama ini kini menjadi sebuah figura nama yang semakin sinonim dengan kancah bolasepak tempatan. Revolusi yang diperkenalkan Baginda telah membuka mata semua pihak betapa bolasepak Malaysia sememangnya mempunyai peluang dan harapan yang cukup besar untuk mencapai laras kegemilangan yang selama ini dinantikan oleh semua pencinta bolasepak Malaysia.

Di sebalik pembaharuan yang dibawakan oleh Baginda, satu mesej jelas telah dikongsi bersama aspirasi yang dibawa oleh Baginda – profesionalisme. Inilah yang menjadi pegangan dalam usaha memartabatkan bolasepak Malaysia untuk menjadi sebuah industri yang dihormati dan secara tidak langsung menjadikan bolasepak Malaysia sebagai lambang kebanggaan negara.     

Sesungguhnya PFAM cukup berbesar hati apabila Baginda berkongsi nada dan bahasa yang sama dalam mengangkat nilai profesionalisme dalam bolasepak Malaysia. Di kesempatan ini, PFAM ingin mengucapkan Selamat Hari Keputeraan ke-31 buat Penaung PFAM, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Semoga sentiasa berada dalam keredhaan Allah, dikurniakan nikmat kesihatan berpanjangan dan dimakbulkan segala impian. Teruskan berjuang demi bolasepak Malaysia.

PFA Malaysia

 

Building the Game