Supporting the Players, Building the Game

Izham Ismail Dilantik Ahli Lembaga FIFPro Asia/Oceania

IzhamFIFProCEO PFAM, Izham bin Ismail telah dipilih sebagai ahli lembaga FIFPro Asia yang baharu baru-baru ini. Pemilihan tersebut telah dibuat pada Kongres FIFPro Asia yang telah berlangsung di Kuala Lumpur. Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh Pengerusi FIFPro Asia, Brendan Schwab. Izham bakal mengisi kekosongan dalam Lembaga FIFPro Asia yang telah ditinggalkan oleh Brendan Schwab yang akan meletakkan jawatan penghujung 2015.

Berkuatkuasa 1 Januari 2016, Ahli Lembaga FIFPro Asia terdiri daripada Adam Vivian dari Australia sebagai Pengerusi FIFPro Asia yang baharu, Takuya Yamazaki dari Jepun (Timbalan Pengerusi), Andrew Scott-Howman (New Zealand), Anuj Kichlu (India) dan Izham Ismail (Malaysia).

PFAM ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Izham Ismail atas pelantikan beliau. Semoga pelantikan ini mampu membawa PFAM ke satu tahap yang lebih tinggi dalam membawa suara pemain bola sepak profesional ke peringkat global.

Sumber: http://www.fifpro.org/en/news/player-associations-fundamental-to-good-governance

Building the Game