Supporting the Players, Building the Game

Kecederaan Buku Lali Di Kalangan Pemain Bolasepak

AnkleKetua Pegawai Perubatan FIFPro, Vincent Gouttebarge melalui penulisannya telah membincangkan kecederaan buku lali dan mekanisme sokongan pergelangan kaki luar yang berkaitan. Kelaziman kecederaan buku lali diperincikan bersama-sama dengan perbandingan antara kadar kecederaan pemain yang menggunakan sokongan tambahan dengan pemain yang tidak menggunakan sokongan ini.

Dr. Gouttebarge mendedahkan apa yang terdapat di dalam pemikiran pemain mengenai mekanisme sokongan dan perlindungan yang diberikan.

 

ISI UTAMA

Kes kecederaan buku lali merangkumi 20% daripada semua kes kecederaan dalam bola sepak profesional.

Taping dan pendakap telah digunakan untuk menghalang semula berlakunya kecederaan buku lali kerana kedua-dua mekanisme ini dapat meningkatkan kestabilan sendi buku lali dengan mengurangkan daya pergerakan.

– 28% daripada pemain bola sepak profesional yang telah dikaji selidik oleh FIFPro mengalami sekurang-kurangnya satu kecederaan buku lali semasa musim 2014/15.

– 36% daripada pemain bola sepak profesional dengan kecederaan buku lali baru-baru ini telah menggunakan sokongan luar buku lali (taping atau pendakap) sebelum kecederaan berlaku.

– 49% daripada pemain bola sepak profesional tanpa kecederaan buku lali baru-baru ini telah menggunakan sokongan pergelangan kaki luar semasa musim 2014/15.

– Di antara 68 dan 80% daripada pemain bola sepak profesional yang dikaji beranggap bahawa sokongan pergelangan kaki luaran dapat mencegah kecederaan buku lali.

Di samping lutut dan kecederaan hamstring, kecederaan buku lali adalah kecederaan otot yang paling biasa berlaku di kalangan pemain bola sepak profesional. Kes kecederaan buku lali merangkumi 20% daripada semua kes kecederaan dalam bola sepak profesional, kebanyakannya melibatkan lateral ligaments (Waldén 2005; Hägglund 2009; Ekstrand 2011).

Di antara musim Champions League 2001/02 dan 2011/12, sejumlah 1080 kecederaan buku lali telah direkodkan (13% daripada semua kecederaan), menunjukkan sedikit penurunan dari semasa ke semasa (purata penurunan menurun sebanyak 3.1% setiap musim) (Waldén 2013). Melihat kembali pada lima musim Australia A-League, FIFPro dan PFA Australia menunjukkan bahawa skuad yang terdiri daripada 25 pemain boleh menjangka dua atau tiga kecederaan buku lali yang teruk setiap musim yang membawa purata untuk 6-12 perlawanan terlepas setiap musim. (Gouttebarge 2015).

Faktor yang paling lazim menjadi punca bagi kecederaan buku lali ialah tackling and foul play (Giza 2003; Andersen 2004). Berbalik kepada pencegahan kecederaan buku lali, beberapa strategi telah dicadangkan sejak beberapa tahun yang lalu, termasuk latihan saraf (terdiri daripada koordinasi, kekuatan dan keseimbangan) dan juga sokongan pergelangan kaki luaran seperti taping dan pendakap (Handoll 2001; Janssen 2014).

 

KEPENTINGAN SOKONGAN LUAR BUKU LALI : TAPING DAN PENDAKAP

Seterusnya untuk latihan saraf, taping dan pendakap telah digunakan untuk menghalang (semula) berlakunya kecederaan buku lali. Kedua-dua taping dan pendakap secara amnya digunakan untuk meningkatkan kestabilan sendi buku lali dengan mengurangkan daya gerakan, yang di mana ia akan mengehadkan risiko kecederaan. Berbeza dengan pendakap, keupayaan pita untuk menyekat pelbagai buku lali bagi gerakan boleh berkurangan apabila penggunaannya digunakan secara berterusan kerana peluh, mengurangkan lekatan kepada kulit dan kegagalan mekanikal. Dalam bola sepak, disebabkan oleh kawalan kaki dan pergerakan adalah sangat penting, pemain cenderung untuk tidak menggunakan pendakap buku lali dan lebih suka menggunakan taping (kebanyakannya pemain yang mempunyai sejarah kecederaan buku lali). Di dalam satu kajian berteraskan liga bola sepak Inggeris, 50% daripada pemain bola sepak profesional yang mengalami kecederaan buku lali tidak menggunakan sokongan pergelangan kaki luar manakala 25% daripada mereka dilaporkan menggunakan taping dan 7% menggunakan beberapa bentuk sokongan luar (Woods 2003).

Dalam tempoh sedekad yang lalu, pendakap buku lali moden yang berasaskan teknologi terkini dan penting telah direka dan dibuat boleh didapati di pasaran global. Sama ada perkembangan terbaru ini membawa kepada peningkatan penggunaan pendakap di kalangan pemain bola sepak profesional, ia masih tidak diketahui. Oleh yang demikian, FIFPro telah menjalankan sebuah kajian ringkas (menggunakan kaji selidik elektronik) di kalangan pemain bola sepak profesional mengenai kecederaan buku lali dan persepsi pemain pada penggunaan taping dan pendakap sebagai suatu strategi pencegahan. Di dalam kajian itu, kecederaan buku lali ditakrifkan sebagai kecederaan yang melibatkan sendi buku lali (tulang, sendi, ligamen), berlaku semasa aktiviti pasukan (latihan atau pertandingan), memerlukan perhatian perubatan dan menyebabkan pemain tidak dapat mengambil bahagian sepenuhnya dalam aktiviti bola sepak akan datang (latihan atau pertandingan) (Fuller 2006).

 

KOMEN DARI PAKAR ANTARABANGSA

Profesor Niek van Dijk merupakan ketua Jabatan Ortopedik di Pusat Perubatan Akademik dari Amsterdam. Profesor van Dijk telah menjadi seorang pakar terkemuka di dunia sejak 30 tahun yang lalu di dalam hal kecederaan buku lali kaki dan pembedahan di kalangan atlet profesional.

"Saya melihat secara purata 10 hingga 15 orang atlet profesional dengan kecederaan buku lali setiap bulan. Daripada jumlah ini, 30-40% adalah pemain bola sepak profesional menderita terutama dari impingement (painful mechanical limitation of the ankle) digabungkan dengan kelemahan ligamen, stress fracture, dan tulang/cartilage degenaration pemain bola sepak yang lebih tua. Dengan sejumlah pemain bola sepak profesional dengan kecederaan buku lali ini, 35-50% daripada mereka memerlukan pembedahan. Purata masa yang dijangka untuk membenarkan mereka kembali ke sukan adalah enam minggu untuk impingement dan 8-10 minggu untuk tulang/degenerasi tulang rawan dan patah tekanan. Bagi mencegah kecederaan buku lali, taping dan pendakap telah terbukti berkesan, dengan itu saya menasihati bahawa atlet dan pemain bola sepak profesional harus memanfaatkan kaedah ini.

 

CIRI-CIRI PEMAIN BOLASEPAK PROFESIONAL YANG TELAH DIKAJI FIFPro

Antara 15 Jun hingga 15 Julai 2015, kesatuan pemain dari 18 negara-negara Eropah telah diminta untuk menjemput 15 pemain bola sepak profesional untuk mengambil bahagian di dalam kajian ini. Daripada 270 pemain dihubungi, hanya 133 pemain bola sepak profesional (49%) bersedia untuk mengambil bahagian dan menyiapkan kajian elektronik. Rata-rata, para peserta telah bermain bola sepak di peringkat profesional selama lapan tahun. 72% daripada pemain bola sepak yang mengambil bahagian tidak mengalami kecederaan buku lali ketika musim 2014/15, manakala 28% daripada pemain telah mengalami sekurang-kurangnya satu kecederaan buku lali semasa musim lalu.

 

SOKONGAN LUAR BUKU LALI DI KALANGAN PEMAIN BOLA SEPAK DENGAN KECEDERAAN BUKU LALI TERKINI

Majoriti besar pemain (70%) yang mengalami kecederaan buku lali pada musim lalu melaporkan bahawa mereka telah mengalami kecederaan buku lali tunggal, manakala 20% telah mengalami dua atau tiga kecederaan buku lali (10% lebih daripada tiga). 39% mengalami kecederaan buku lali semasa latihan, 31% semasa pertandingan, dan 30% dalam kedua-dua latihan dan pertandingan. Apabila ditanya mengenai kecederaan buku lali yang paling teruk yang dihadapi mereka semasa musim 2014/15, 41% daripada peserta berkata mereka diketepikan selama kurang daripada satu minggu dan 40% untuk satu hingga empat minggu. 19% daripada pemain tidak dapat melatih atau bersaing untuk lebih daripada empat minggu akibat daripada kecederaan mereka.

Sebelum kecederaan pertama mereka, sekitar 28% daripada pemain menggunakan taping satu atau kedua-dua buku lali dan hanya 8% menggunakan pendakap. Baki pemain melaporkan bahawa mereka tidak menggunakan apa-apa sokongan luar buku lali. Selepas kecederaan pertama mereka, 50% daripada pemain telah menggunakan taping satu atau kedua-dua buku lali kaki dan 11% telah menggunakan pendakap.

 

SOKONGAN LUAR BUKU LALI DI KALANGAN PEMAIN BOLA SEPAK TANPA KECEDERAAN BUKU LALI TERKINI

Sebahagian besar pemain (60%) yang tidak mengalami kecederaan buku lali pada musim lalu melaporkan bahawa mereka telah mengalami kecederaan buku lali pada masa lalu dalam kerjaya mereka, sememtara sejumlah 40% yang lain pula tidak pernah mengalami kecederaan buku lali dalam kerjaya mereka. Berdasarkan para pemain tanpa kecederaan buku lali semasa musim 2014/15 ini, 40% telah menggunakan taping satu atau kedua-dua buku lali kaki, dan 9% telah menggunakan pendakap.

 

PERSEPSI PEMAIN TERHADAP IMPAK SOKONGAN LUAR BUKU LALI 

Di kalangan pemain yang melaporkan kecederaan buku lali pada musim 2014/15, 61% mempunyai persepsi bahawa taping dapat mencegah kecederaan buku lali, dan 19% percaya bahawa menggunakan pendakap merupakan sebuah pencegah juga. Hanya 3% berpendapat bahawa menggunakan pendakap tidak dapat mencegah kecederaan buku lali, manakala selebih pemain yang lain tidak pasti. 44% daripada pemain mengatakan bahawa mereka mempunyai niat untuk menggunakan sokongan luar buku lali pada masa akan datang.

Antara pemain yang tidak mengalami kecederaan buku lali pada musim 2014/15, 50% daripada mereka mempunyai persepsi bahawa taping dapat berfungsi sebagai pencegah bagi kecederaan buku lali, dan 18% sebaliknya mengatakan pendakap itu dapat mencegah kecederaan yang sama. Manakala, 11% pula berpendapat bahawa kedua-dua taping atau pendakap tidak dapat mencegah kecederaan buku lali. 26% daripada pemain mengatakan bahawa mereka bertujuan untuk menggunakan taping pada masa akan datang sebagai sokongan luar buku kaki manakala 17% berkata mereka akan memilih untuk menggunakan pendakap bagi mengelakkan kecederaan.

 

PFA Malaysia

Building the Game