Supporting the Players, Building the Game

KENYATAAN MEDIA PFAM BERHUBUNG KEINGKARAN BAYARAN GAJI KEPADA LIMA ORANG BEKAS PEMAIN KELANTAN FA

Web Layout_Media Press 3 Mei

 

PFAM telah menerima aduan daripada lima orang bekas pemain Kelantan FA (KAFA) bahawa mereka tidak menerima bayaran gaji daripada KAFA sepertimana yang telah dipersetujui dalam jadual bertarikh 6 Mac 2016. Berdasarkan jadual pembayaran yang telah dipersetujui antara KAFA dan para pemain, bayaran kedua sepatutnya dibuat pada 15 April 2016. Namun sehingga kini, pemain masih belum menerima bayaran tersebut.
 
Pemain dan PFAM juga berasa amat dukacita kerana tiada langsung usaha daripada KAFA untuk memberi makluman awal terhadap kelewatan bayaran ini. Penjelasan hanya diberi setelah PFAM dan pemain sendiri berusaha untuk menghubungi pegawai KAFA dan penjelasan yang diberikan amatlah mendukacitakan iaitu “menunggu wang dari penaja” dan “akan diusahakan”.
 
PFAM telah pun menghantar surat aduan berhubung perkara ini kepada FAM dan berharap agar pihak FAM memandang serius akan hal ini dan membuat tindakan selanjutnya terhadap KAFA. Selain itu juga, PFAM masih berpegang kepada janji FM-LLP untuk mengambil tindakan terhadap pasukan yang masih tidak menyelesaikan tunggakan bayaran pemain atau berusaha secara serius dan konsisten untuk menyelesaikkannya selepas 11 Mei 2016, iaitu setelah tamat tempoh 90 hari yang diberikan selepas sidang media PFAM yang telah diadakan pada 9 Februari 2016.
 
 
Izham Ismail
Ketua Pegawai Eksekutif
PFAM

Building the Game