Supporting the Players, Building the Game

KENYATAAN MEDIA PFAM BERHUBUNG PENGANJURAN ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BULANAN PFAM – asiana.my LIGA PREMIER 2016

1

Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) terus mengorak langkah apabila Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my akan diperkenalkan untuk kategori liga premier bermula bulan ini.

139associates turut tampil sebagai rakan penaja utama Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail berkata untuk kategori liga premier, pemenang bakal menerima RM500 sumbangan 139associates dan sebuah trofi sumbangan asiana.my.

"Seperti pencalonan di liga super sebelum ini, pencalonan pemain terbaik bulanan akan dipilih oleh panel terdiri daripada wakil PFAM, asiana.my, 139associates dan pengamal media.

"Kita menerima cadangan daripada ahli PFAM sendiri dan juga peminat yang meminta anugerah ini diperluaskan ke liga premier" katanya selepas melancarkan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Premier 2016 di Subang, hari ini.

Penilaian akan dibuat oleh Jawatankuasa Pencalonan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my yang terdiri daripada pengamal-pengamal media sukan yang berpengalaman. Antara perkara yang dinilai oleh Jawatankuasa Pencalonan adalah prestasi pemain sepanjang bulan, jumlah jaringan, dan bantuan gol. Mereka bebas untuk memilih mana-mana pemain daripada Liga Premier yang dirasakan layak untuk menerima anugerah tersebut.

Undian akan dibuat melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my. Para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser). Sesiapa sahaja boleh mengundi calon-calon untuk anugerah tersebut. PFAM akan memasukkan senarai pencalonan ke dalam laman web PFAM setiap bulan dan undian akan dibuka selama seminggu untuk peminat-peminat bolasepak mengundi calon kegemaran mereka.

Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka.

Building the Game