Supporting the Players, Building the Game

KENYATAAN PRESIDEN PFAM BERHUBUNG PEMBAYARAN TUNGGAKAN GAJI 5 BEKAS PEMAIN KAFA

Web Layout_Media Press 23 Julai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua,

Pada petang Jumaat [22 Julai 2016], Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA) telah mengadakan suatu sidang media berkenaan pembayaran tunggakan gaji terhadap 5 bekas pemain KAFA iaitu Amiridzwan Taj, Fitri Omar, Nazri Ahmad, Faakri Saarani dan Amar Rohidan.

Alhamdulillah, selaku Presiden PFAM, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas tindakan yang dibuat oleh KAFA menerusi Presidennya, Tan Sri Anuar Musa untuk menjelaskan tunggakan bayaran gaji kepada pemain. Sememangnya, inilah saat yang paling dinantikan oleh PFAM, dan terutama sekali oleh 5 orang pemain terbabit yang selama ini terhimpit dengan bebanan kewangan akibat tunggakan gaji tersebut.

Saya secara peribadi berharap agar perkara sebegini tidak berulang lagi dan semoga setiap pasukan benar-benar mengamalkan pengurusan pasukan dengan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan kebajikan para pemain terjaga.

Di kesempatan ini juga, saya dengan penuh berbesar hati, ingin menjemput pasukan KAFA untuk membuka lembaran baru yang segar dengan PFAM agar suatu jalinan diikat secara penuh profesionalisme demi kemajuan bolasepak Malaysia.

Sekali lagi, terima kasih KAFA. Maaf Zahir dan Batin untuk segala perselisihan sebelum ini.

Hairuddin Omar,
Presiden PFAM

Building the Game