Supporting the Players, Building the Game

KENYATAAN PRESIDEN PFAM MENGENAI KURNIAAN HARI RAYA DARI TMJ KEPADA BEKAS PEMAIN ATM DA DAN KELANTAN FA YANG MASIH MENGHADAPI MASALAH GAJI TERTUNGGAK

IMG_1268

Seluruh kepimpinan PFAM merafak sembah takzim dan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Amat Mulia Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, atas perkenan baginda memberi kurniaan Hari Raya Aidilfitri kepada pemain-pemain yang diwakili PFAM iaitu bekas pemain ATM FA dan Kelantan FA yang masih menghadapi masalah gaji tertunggak.

Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban pemain yang masih tidak mendapat tunggakan gaji membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

Setinggi-tinggi kasih atas kurnia dan keprihatinan dan semoga Tunku terus mendapat keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT.

Hairuddin Omar

Presiden PFAM

 

Building the Game