Supporting the Players, Building the Game

News Update

 

View All News

MENJUNJUNG KASIH TUNKU MAHKOTA JOHOR MEMBELA NASIB ADRA MEDINA

Adra Medina - TQ

Nasib Adik Adra yang kini menghadapi dugaan apabila disahkan menghidap penyakit jantung berlubang kini terbela apabila ramai pihak yang memberikan sumbangan ikhas dan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan saudara Alafi Mahmod.

Menjunjung kasih diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim kerana sudi menampung keseluruhan kos pembedahan pertama adik Adra Medina yang dijadualkan pada hari Sabtu ini (10 Jun 2017) di Institut Jantung Negara (IJN). 

Pihak PFA Malaysia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang memberi sumbangan kepada Adik Adra Medina. Untuk makluman, pihak PFA Malaysia juga menutup kutipan ini oleh kerana dana yang dikumpulkan sudah mencukupi. Sebarang sumbangan selepas ini boleh terus disalurkan kepada akaun peribadi saudara Alafi.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Eksekutif Pentadbiran PFAM, Cik Hanani di talian 017-722 0864 dan Eksekutif Komunikasi PFAM, Syamil Rosli di 014-548 7034.

Sama-sama kita doakan urusan Adik Adra Medina ketika pembedahan dipermudahkan dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Building the Game