Supporting the Players, Building the Game

News Update

 

View All News

MOHD NASRIQ BAHAROM DAN KIPRÉ TCHÉTCHÉ DIRAIKAN PADA MAJLIS PEMAIN LIGA PREMIER TERBAIK BULANAN PFAM – ASIANA.MY EDISI APRIL & SEPTEMBER 2017

13

Pemain pasukan Negeri Sembilan, Nasriq Baharom dan pemain pasukan Terengganu, Kipré Tchétché dipilih sebagai penerima anugerah pemain terbaik liga super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)-asiana.my bagi edisi April dan September 2017. Mereka diraikan dalam satu majlis khas di Football Republic, Suria KLCC semalam. Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Presiden PFA Malaysia, Rezal Zambery Yahya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Setiausaha PFA Malaysia, Ahmad Fauzi Saari, Bendahari PFA Malaysia Amirizdwan Taj Tajuddin, Exco PFA Malaysia Rudie Ramli dan Mohd Fairuz Abdul Aziz serta Ketua Pengawai Eksekutif PFA Malaysia Izham Ismail.

Majlis juga turut diserikan lagi dengan kehadiran pemenang anugerah pemain bulanan antaranya adalah Nurridzuan Abu Hassan (Jun 2015), Mohd Faiz Subri (Februari 2016) dan Issey Nakajima-Farran (Ogos & Oktober 2015)

Turut diadakan pada majlis tersebut adalah “game show” yang dikendalikan oleh Tifo Arena dan peminat turut berpeluang membawa balik hadiah yang ditaja khas oleh Football Republic dan Adidas

Anugerah ini mendapat sokongan dan tajaan dari 139associates, MVP Sports Agency, Kobert, Ideasia dan Adeqsue sebagai penaja rasmi.

Nasriq Baharom (Negeri Sembilan FA) merangkul anugerah pemain terbaik bulanan bagi bulan April apabila menerima undian tertinggi sebanyak 40.25% (1.405 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Jeronimo Barrales dari JDT II(32.83% – 1,146 Undi), Shahrel Fikri dari PKNP FC (17.10% – 597 Undi), Akanni Sunday dari UiTM FC (6.56% – 229 Undi) dan Guilherme de Paula dari Kuala Lumpur FA (3.27% – 114 Undi).

Manakala Tchétché Kipré (Terengganu FA) mendapat undian tertinggi untuk edisi September dengan 59.28% (1.048 Undi) mengalahkan rakan sepasukan beliau Issey Nakajima-Farran (17.76% – 314 Undi), Hyeon Woo Kim dari PKNP FC (12.90% – 228 Undi), Guilherme de Paula dari Kuala Lumpur FA (8.71% – 154 Undi) dan Helmi Remeli dari Kuala Lumpur FA (1.36% – 24 Undi).

Beliau menerima wang tunai berjumlah RM500 sumbangan 139associates dan MVP Sports Agency, trofi sumbangan Ideasia, baucer barangan sukan bernilai RM500 sumbangan Kobert dan gambar pemain beserta bingkai sumbangan Asiana.my

Building the Game