Supporting the Players, Building the Game

News Update

 

View All News

NATXO INSA (JDT) DINOBATKAN SEBAGAI PEMAIN LIGA SUPER TERBAIK BULANAN PFAM – asiana.my EDISI SEPTEMBER 2017

00

Pemain pasukan JDT, Ignacio ‘Natxo’ Insa Bohigues dipilih sebagai penerima anugerah pemain terbaik liga super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)-asiana.my bagi edisi September 2017. Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Presiden PFA Malaysia, Rezal Zambery Yahya di Hotel Hilton Petaling Jaya hari ini.

Natxo nyata gembira dengan kemenangan ini dan turut menegaskan bahawa jika tiada kerjasama dari rakan sepasukan, tidak mungkin aksi terbaik dapat dijelmakan.

“Hal ini menunjukan bahawa sepanjang saya berada di JDT, saya beraksi dengan baik dan para peminat dapat melihatnya. Terima kasih di atas undian yang diberikan”

“Pastinya dengan anugerah yang diterima ini akan memberikan sokongan moral untuk menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kedah esok” Tambah beliau

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Presiden PFA Malaysia Rezal Zambery Yahya, Bendahari PFA Malaysia Amirizdwan Taj Tajuddin dan Ketua Pengawai Eksekutif PFA Malaysia Izham Ismail.

Anugerah ini mendapat sokongan dan tajaan dari 139associates, MVP Sports Agency, Kobert, Ideasia dan Adeqsue sebagai penaja rasmi.

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my ini dikelolakan oleh Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my).Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bola sepak profesional daripada PFAM.

Sesi pemilihan dibuat melalui panel pemilih PFAM – Asiana.my yang terdiri daripada pengamal media yang memilih dan menyenarai pendek lima calon setiap bulan dan undian akan dibuka kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.

Natxo Insa menerima undian tertinggi sebanyak 46.11% (2,847 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Marko mic dari Melaka United (29.95% – 1,849 Undi), Thiago Augusto Fernandes dari Felda United (9.85% – 608 Undi), Matheus Alves dari Pahang FA (7.18% – 443 Undi) dan Wan Zack Haikal dari Felda United (6.92% – 427 Undi)

Beliau menerima wang tunai berjumlah RM1500 sumbangan 139associates dan MVP Sports Agency, trofi sumbangan Ideasia, baucer barangan sukan bernilai RM500 sumbangan Kobert dan gambar pemain beserta bingkai sumbangan Asiana.my

Para pengundi membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser) melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my dan juga www.asiana.my

Undian ini dibuka selama sepuluh hari untuk peminat-peminat bolasepak mengundi calon kegemaran mereka. Semoga anugerah ini dapat menjadi pendorong kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka.

Building the Game