Supporting the Players, Building the Game

News Update

 

View All News

PFA MALAYSIA MELAWAT MUHAMMAD HAMDAN

05

PFA MALAYSIA MELAWAT MUHAMMAD HAMDAN

Barisan kepimpinan PFA Malaysia berkesempatan menziarahi penjaga gol pasukan PDRM FA, Muhammad Hamdan Sairi di kediaman mertua beliau di Sungai Kandis, Shah Alam hari ini.

Antara yang hadir adalah Presiden PFA Malaysia Hairuddin Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia Izham Ismail.

"PFA Malaysia sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakan-rakan pemain dan kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu saudara Hamdan"

"Semoga Hamdan kuat dalam melawan penyakit yang beliau hadapi dan pastinya kami akan setiasa memberi sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada Hamdan" tambah Hairuddin.

Pada pertemuan tersebut PFA Malaysia turut menyerahkan sumbangan berbentuk wang tunai dan sedikit ole-ole kepada saudara Hamdan.

Seperti mana yang tular di laman sosial sebelum ini, penjaga gol PDRM FA Muhammad Hamdan Sairi telah disahkan menghidap penyakit Leukimia.

Beliau kini sudah mejalani rawatan kimoterapi pertama pada 19 Jun lalu dan akan menjalani rawatan kimoterapi kedua yang dijadualkan pada 24 Julai ini di Hospital Ampang.

Hamdan juga terpaksa melupakan bola sepak untuk sementara waktu kerana memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun untuk pulih sepeluhnya.

Kami mewakili seluruh warga PFA Malaysia ingin memohon ihsan semua lapisan masyarakat untuk menghulurkan sebarang bentuk bantuan kepada saudara Hamdan. Semoga dengan bantuan yang diberikan, sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan beliau.

Untuk sebaran sumbangan kepada saudara Hamdan bolehlah berhubung terus dengan isteri beliau iaitu Puan Nordiani Abdul Rahim di talian 0122115392. 

Kami di PFA Malaysia mendoakan agar Muhammad Hamdan dapat pulih sepenuhnya dan kembali beraksi seperti sedia kala.

 

Building the Game