Supporting the Players, Building the Game

PFAM Gesa Jawatankuasa Status FAM Lebih Serius Tangani Isu Pemain

TunggakanPersatuan Pemain-Pemain Profesional Malaysia (PFAM) ingin membawa perhatian Jawatankuasa Status FAM berhubung kelewatan pengurusan kes para pemain yang mempunyai masalah dengan pasukan masing-masing.

Sebagai makluman, sehingga kini, terdapat 8 kes pemain yang masih belum didengari oleh Jawatankuasa Status FAM sekalipun segala aduan dan affidavit telah pun diserahkan pada bulan Jun 2015. Pada 13 Ogos 2015, PFAM telah membuat aduan rasmi kelewatan keputusan kes menerusi surat bertarikh 10 Ogos 2015 dan dukacitanya, PFAM masih belum menerima maklum balas daripada Jawatankuasa Status FAM.

Justice delayed is justice denied.

PFAM amat kesal dengan kelewatan ini kerana kelewatan yang berlaku adalah merupakan satu penindasan kepada hak pemain yang terpaksa mencari altenatif lain dalam meneruskan hidup sementara menunggu keputusan daripada Jawatankuasa Status FAM. PFAM amat mengharapkan agar Jawatankuasa Status FAM mengambil serius akan hal ini dan segera mengambil tindakan atau apa sahaja inisiatif untuk menyelesaikan kes-kes tertunggak demi kebajikan para pemain.

PFAM menghormati Jawatankuasa Status FAM sebagai sebuah autoriti yang sah untuk menyelesaikan kes-kes berhubung status kontrak ini dan kenyataan ini dikeluarkan setelah segala bentuk saluran telah digunakan bagi mempercepatkan keputusan kes tetapi masih tiada perkembangan yang positif daripada Jawatankuasa Status FAM. Sesungguhnya kenyataan ini dibuat bagi mengangkat profesionalisme demi kepentingan bersama dan dengan niat mengangkat kredibiliti dan profesionalisme sistem kehakiman bolasepak di bawah FAM. 

Berikut adalah kes-kes yang masih tertunggak yang memerlukan perhatian segera Jawatankuasa Status FAM :

1) Kes penamatan kontrak Farouk Hashim (Kuala Lumpur)

2) Kes penamatan kontrak Fariss Azlan (Kuala Lumpur)

3) Kes penamatan kontrak Fazilidin Khalid (Kuala Lumpur)

4) Kes penamatan kontrak Azrul Ahmad (Felda United)

5) Kes tunggakan bayaran pampasan Yoganathan Munusany (Sabah)

6) Permohonan alasan keputusan Anis Faron (JDT II)

7) Kes tunggakan gaji pemain ATM (ATM)

8) Kes tunggakan gaji Jonathan McKain (Kelantan)

Izham Ismail
Ketua Pegawai Eksekutif
PFA Malaysia

Building the Game