Supporting the Players, Building the Game

Program Perlindungan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia

CDAmZ4BUIAAzIl9.jpg-largeIsu kecederaan yang melibatkan pemain bolasepak profesional di Malaysia sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi dalam kancah bolasepak. Para pemain terdedah dengan risiko kecederaan semasa di dalam mahupun di luar padang. Kecederaan sukan seperti ACL atau dalam bahasa saintifiknya, Anterior Cruciate Ligament sungguh ditakuti oleh para pemain kerana ia disifatkan kecederaan yang mampu menjejaskan karier mereka sebagai pemain bolasepak. Kos rawatan kecederaan ACL pula tinggi dan boleh menyulitkan pemain yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh.  Selain itu, rata-rata pemain tidak mempunyai skim atau program perubatan yang boleh melindungi mereka.

PFAM hadir dengan satu program yang julung kalinya terdapat di Malaysia iaitu Program Perlindungan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia. Program ini merupakan inisiatif pihak PFAM dalam menjaga hal ehwal pemain khususnya ahli PFAM bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dari terus berlaku. Selain dari perlindungan dari sudut perubatan, program ini juga menyediakan Tabung Hibah sekiranya pemain meninggal dunia dan waris akan mendapat sejumlah wang dari tabung tersebut.

Terdapat juga program yang digelar Program Ganti Pendapatan di mana pemain yang menghidapi penyakit yang kritikal seperti sakit jantung, kanser, lumpuh seumur hidup dan kecacatan kekal akan diberikan sejumlah wang yang boleh menggantikan pendapatan seseorang pemain itu sehingga 24 bulan gaji. PFAM merasakan sudah tiba masa buat pemain-pemain bolasepak profesional di Malaysia untuk melindungi diri mereka dengan program ini kerana siapa tahu apa yang bakal terjadi di kemudian hari. Sediakan payung sebelum hujan.

  • Mana-mana pemain yang berminat boleh menghubungi pihak PFAM di talian 013- 654 5183 (Arief) atau emel kepada info@pfam.my.

  • Eksekutif Pemasaran & Komunikasi

    PFA Malaysia

 

Building the Game