Supporting the Players, Building the Game

Program Ziarah Ramadhan PFAM 2015

ZiarahRamadhanPada 14 Julai 2015, PFAM telah menganjurkan satu ziarah amal bertempat di sekitar kawasan taman maluri dengan membantu 10 keluarga miskin untuk meringankan beban mereka. Program ini juga disertai oleh wakil asiana.my Encik Kamarul Akhir dan juga pemain Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur Farouk Hashim yang sama sama membantu memberi bantuan kepada keluarga tersebut. Program ini bermula pada pukul 2.30 petang apabila barangan bantuan mula diagihkan kepada keluarga yang tidak berekemampuan. Antara barangan yang diagihkan kepada mereka berbentuk berangan keperluan seperti beras, gula, garam dan kicap serta diselitkan dengan dana berbentuk sejumlah wang.

Pelbagai bentuk perasaan yang timbul apabila kami warga PFAM mula mengagihkan bantuan kepada keluarga- keluarga tersebut. Dengan rumah yang berdindingkan papan serta atap beralaskan zink lapuk, mereka masih boleh tersenyum dengan kehidupan mereka. Apabila didatangi dengan bantuan yang kami kira sebagai rezeki mereka di bulan ramadhan, senyuman mereka makin melebar. Cuma yang menjadi tanda tanya dalam diri kami di mana golongan yang bertanggungjawab untuk membantu mereka kerana hidup dalam kesusahan bukan menjadi persoalan besar tetapi rumah usang yang didiami mereka perlu dibayar melalui bayaran sewa setiap bulan itu tanda tanya yang paling besar.

PFAM percaya tugas kami bukan sahaja untuk pemain di padang bolasepak tetapi jauh lebih besar daripada dunia bolasepak. Program ini bukan sahaja dapat membantu golongan-golongan asnaf yang tidak bernasib baik tetapi ini juga medan baru buat pemain-pemain bolasepak untuk menghulurkan tenaga mereka dalam membantu golongan – golongan yang tidak berkemampuan dan juga dapat membuka mata masyarakat bahawa tugas pemain bukan pada bolasepak sahaja tetapi juga berbakti buat masyarakat Malaysia.

PFAM harap pihak-pihak lain dapat membuka mata dan merancang sesuatu untuk membantu golongan – golongan ini. Selepas membantu mangsa banjir di Manik Urai, Kelantan kami datang dengan inisiatif untuk membantu pula golongan asnaf di kawasan Taman Maluri. Selepas ini kami percaya akan ada lagi rancangan – rancangan yang bakal di wujudkan demi membantu kebajikan masyarakat dalam negara kita.

 

Lihat foto penuh Program Ziarah Ramadhan PFAM 2015 di sini. Like laman Facebook rasmi PFAM di www.facebook.com/pfam.my 

Building the Game