Supporting the Players, Building the Game

Ucapan Presiden PFAM Sempena Perlawanan Akhir Piala AFC

HaiOBersempena perlawanan akhir Piala AFC pada malam ini, saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya buat barisan pemain JDT yang akan turun menentang pasukan Istiklol FC. 

Semua mengetahui bahawa kejayaan JDT ke perlawanan akhir AFC telah membuka lembaran sejarah baru bolasepak negara di peringkat Asia. Menjadi pasukan Malaysia dan juga dari rantau Asia Tenggara ke pentas akhir ini sememangnya merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan semestinya pencapaian ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya dinokhtahkan dengan kemenangan.

Saya percaya, malam ini, bukan sahaja penyokong JDT, malah semua warga Malaysia akan bersatu untuk menyokong kejayaan wakil negara kita. Kepada pemain-pemain JDT, bermainlah untuk lencana di dada, jalur yang kalian kibarkan dan berjuanglah dengan penuh maruah. Inilah waktu terbaik untuk sebuah sejarah baru. Doa kami untuk kalian semua.

Hairuddin Omar
Presiden
PFA Malaysia

Building the Game