SAMPAI BILA PERLU MENUNGGU, JUMLAH TUNGGAKAN SUDAH MELEBIHI RM 400,000

Pada 9 Januari 2023 yang lepas, laporan daripada PFAM telah dihantar ke FAM bagi tujuan perbicaraan Majlis Resolusi Pertikaian Kebangsaan terhadap masalah tunggakan gaji yang dihadapi oleh pemain Sarawak United FC.

Notis terbaru juga telah dihantar ke Sarawak United FC pada 17 Januari 2023 yang lepas untuk meminta agar tunggakan gaji yang kini mencecah 4 bulan untuk segera dilunaskan.

Masalah tunggakan gaji yang berlarutan ini telah bermula sejak September 2022 dan kebanyakkan pemain Sarawak United FC telah pun menamatkan tempoh kontrak bersama Sarawak United FC pada November dan Disember 2022 namun sehingga kini masih menunggu tunggakan bayaran dilunaskan oleh pihak Sarawak United FC.

Meskipun pihak Sarawak United FC memberikan maklum balas terhadap notis yang dihantar daripada PFAM, namun satu langkah konkrit untuk membayar segala tunggakan gaji terhadap pemain dilihat masih tidak jelas dan perkara ini perlu diberi perhatian dengan lebih serius.

Hal ini demikian kerana, selain daripada pihak Sarawak United FC perlu untuk menghormati tempoh masa pembayaran gaji yang telah dipersetujui di dalam kontrak, para pemain turut terkesan akibat tidak mempunyai pendapatan bulanan yang sepatutnya diterima bagi menguruskan komitmen bulanan.

PFAM memandang serius terhadap isu tunggakan yang berlarutan ini kerana bukan sahaja perkara ini menjejaskan kebajikan dan hak pemain sebaliknya PFAM berhasrat untuk mengelakkan agar situasi ini untuk terus berlaku pada masa akan datang.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp