Satu perjumpaan PFA Malaysia bersama pemain @kuchingcityfc_official telah diadakan pada 29 Ogos 2023 di Stadium Sarawak.
Tujuan lawatan ini diadakan bagi mendidik para pemain bola sepak profesional mengenai hak dan tanggungjawab mereka di sisi undang-undang serta melindungi kepentingan mereka sebagai pemain.
Selain itu juga, PFA Malaysia turut menawarkan keahlian baharu kepada para pemain dan juga memperbaharui keahlian pemain sedia ada sebagai ahli berdaftar dalam PFAM.
Perjumpaan ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia En. Izham Ismail dan juga wakil daripada Kuching City FC, En. Aidil Idham Fadzil Halmi selaku Jurulatih Kecergasan Kuching City FC.
Sesi perjumpaan ini diakhiri dengan perbincangan mengenai pergerakan global pemain bola sepak profesional di bawah FIFPRO yang menekankan kepentingan untuk para pemain berkerjasama dan bersuara dalam satu suara kolektif untuk memperbaiki keadaan kerja serta melindungi kepentingan mereka sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Inisiatif daripada perjumpaan ini juga menekankan komitmen PFAM untuk melindungi, mendidik dan menyatukan pemain bola sepak profesional serta menekankan kepentingan untuk para pemain berkerjasama dan bersuara dalam satu suara kolektif untuk memperbaiki keadaan kerja serta melindungi kepentingan mereka sebagai seorang pemain bola sepak profesional.