DISIPLIN ADALAH KUNCI UTAMA UNTUK AZFAR ARIF MERAIH KEJAYAAN

 

Tidak ada yang menghalang atlet terutama sekali pemain bola sepak profesional daripada melanjutkan pelajaran untuk memperoleh segulung ijazah. Seperti yang diketahui oleh semua orang, dengan pendidikan ia boleh memberi jaminan lebih baik untuk masa depan mereka.

 

Sesetengah pemain bola sepak memahami pentingnya hal ini dan memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi selepas menamatkan karier mereka sebagai seorang pemain bola sepak profesional dengan tujuan memastikan mereka memiliki kelayakan untuk sesebuah karier yang lain dengan sumber pendapatan yang stabil.

 

Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM), penjaga gol Sri Pahang FC, Azfar Arif Mohd Sukri, berkongsi kegembiraan atas pencapaian peribadinya.

 

Dia yang kini memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian), mengakui bahawa dia menghadapi pelbagai cabaran untuk menyesuaikan diri sebagai seorang pemain bola sepak profesional dan sebagai pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di Institut Pendidikan Tinggi (IPT).

 

“Ketika bersama UiTM FC pada tahun 2020, saya masih ingat lagi sewaktu itu dimana siang saya berada di Johor Bahru untuk peperiksaan MUET dan malam saya berada di Shah Alam untuk menjaga gawang UiTM FC dalam perlawanan Liga Super 2020 (LS8) menentang Terengganu FC dan meraih kemenangan pada malam itu”

 

Penuntut Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam ini juga menyatakan bahawa pada ketika itu sebagai seorang pemain skuad Harimau Kumbang pada tahun 2023, dia menghadapi beberapa cabaran seperti tidak dapat menghadiri latihan secara bersemuka kerana faktor masa yang terhad dan jarak kelas yang agak jauh ketika itu.

 

“Tidak seperti sebelum ini dimana saya boleh menghadiri kelas secara fizikal ketika itu bersama dengan skuad Petaling Jaya City dan UiTM FC yang berpangkalan di Lembah Klang yang memudahkan saya untuk hadir ke kelas di Shah Alam”

 

Oleh itu, penjaga gawang itu memutuskan untuk menghadiri kelas secara dalam talian untuk mengikuti perkembangan kelas dan menunjukkan kesungguhan dalam kerjayanya.

 

“Saya belajar dan mengulang-kaji secara sendiri dengan memasuki kelas melalui Zoom dan Google Meet serta melakukan konsultasi mengenai kerja khusus program dengan pensyarah secara atas talian, untuk kelas teori, kerja khusus atau peperiksaan saya akan hadir ke Shah Alam”

 

Azfar juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para pensyarah dan rakan-rakan di Fakulti Sains Sukan & Rekreasi yang selalu menawarkan pertolongan semasa menghadapi cabaran seperti ini sebagai seorang pelajar. Dalam masa yang sama, dengan sokongan keluarga juga memotivasikan diri dengan berpegang bahawa dia tidak boleh mudah menyerah dan memerlukan kekuatan mental dan disiplin yang kuat dan teguh. Cari bantuan apabila anda kehilangan sesuatu. 

 

“Jika masanya untuk bermain kita main, Masa untuk belajar, belajar.”

 

Sempena Isitiadat Konvokesyen UiTM ke-100 yang telah berlangsung sejak 13 November 2024 dan anak kelahiran Terengganu ini berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (kepujian) dan menjadi satu kenangan sebagai seorang graduan, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro Canselor UiTM menyampaikan skroll tersebut kepadanya semalam. 

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp