Pada 11 September 2025, Persatuan Pemain Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) telah menerima kunjungan Robbie Gaspar wakil FIFPRO Asia/Oceania di pejabat rasmi PFA Malaysia, Kuala Lumpur.
Lawatan ini turut disertai oleh barisan kepimpinan PFA Malaysia yang diketuai oleh En. Razman Roslan, Pemangku Presiden bersama Ketua Pegawai Eksekutif, En. Izham Ismail, serta barisan Eksekutif PFA Malaysia.
Dalam pertemuan ini, Bekas pemain bola sepak yang pernah beraksi di Liga Super pada musim 2004 yang mewakili pasukan Sabah FA ketika itu hadir bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pemain bola sepak profesional di Malaysia termasuklah cabaran semasa yang dihadapi pemain serta usaha untuk memperkukuh perlindungan hak dan kebajikan mereka.
Pertemuan ini juga menjadi platform pertukaran idea bagi meningkatkan pengoperasian dan peranan PFA Malaysia dalam menyokong komuniti pemain bola sepak tempatan.
Lawatan ini mencerminkan hubungan erat antara FIFPRO Asia/Oceania dan PFAM dalam usaha bersama membangunkan landskap bola sepak profesional yang lebih mampan serta berdaya saing di rantau ini.