
PFA Malaysia (PFAM) secara rasmi memperkenalkan barisan Jawatankuasa Baharu bagi sesi 2025–2027.
Razman Roslan telah dipilih sebagai Presiden PFA Malaysia, dibantu oleh Timbalan Presiden iaitu Zaquan Adha, Setiausaha Farizal Marlias, manakala Steffi Sarge Kaur dilantik sebagai Bendahari.
Turut menganggotai jawatankuasa kali ini ialah wakil pemain dari pelbagai latar belakang bola sepak tanah air
Ubaidullah Shamsul, Shahrul Saad, Azurin Mazlan, Intan Sarah, Wan Zack Haikal dan Kenny Pallraj.
Pembentukan jawatankuasa ini mencerminkan komitmen PFAM untuk terus memperkukuh suara pemain profesional Malaysia, memperjuangkan kebajikan mereka serta memacu pembangunan bola sepak negara secara inklusif dan berstruktur.
Semoga barisan kepimpinan baharu ini dapat menjalankan amanah dengan penuh integriti dan membawa PFAM ke tahap yang lebih cemerlang bagi tempoh 2025–2027.
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PEMAIN PEMAIN BOLASEPAK MALAYSIA (PFAM) PENGGAL 2025-2027
PRESIDEN
Mohd Razman Roslan
TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak
SETIAUSAHA
Mohd Farizal Marlias
BENDAHARI
Steffi Sarge Kaur
AHLI JAWATANKUASA
Intan Sarah Anisah Zulgafli
Nurul Azurin Mazlan
Shahrul Mohd Saad
Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili
Wan Zack Haikal Wan Noor
Kenny Pallraj a/l Davaragi





