Supporting the Players, Building the Game

Keputusan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my Edisi Jun 2015

Jun2015WinnerKENYATAAN MEDIA

ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BULANAN PFAM-asiana.my EDISI JUN 2015

 

PETALING JAYA (9 JULAI  2015) – Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) telah menganjurkan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my sebagai satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bolasepak profesional.

Bagi bulan Jun 2015, 5 calon telah dipilih oleh Jawatankuasa Pencalonan anugerah tersebut. Antara calon-calon adalah Dramane Traore (PDRM FA), Matias Conti (Pahang FA), Razman Roslan (Pahang FA), Namkung Woong (Perak FA) dan Nurridzuan Abu Hassan (Perak FA).

Berdasarkan undian secara online di www.pfam.my  yang telah berakhir jam 11.59 malam pada 8 Julai 2015, Nurridzuan Abu Hassan dari pasukan  Perak telah muncul sebagai pemain terbaik bulanan bagi edisi Jun.

Beliau bakal membawa pulang wang tunai RM500.00, sebuah trofi dan gambar beserta bingkai pemain tersebut. Pihak PFAM mengucapkan tahniah kepada Nurridzuan Abu Hassan kerana  terpilih sebagai pemain terbaik bulanan edisi Jun 2015.

 

Hormat dari saya,

Izham bin Ismail

Ketua Pegawai Eksekutif

PFA Malaysia

Building the Game