Supporting the Players, Building the Game

Keputusan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my Edisi Oktober 2015

OctoberWinnerKENYATAAN MEDIA

ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BULANAN PFAM-asiana.my EDISI OKTOBER 2015

PETALING JAYA (5 November  2015) – Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) telah menganjurkan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my sebagai satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bolasepak profesional.

Bagi bulan Oktober 2015, 5 calon telah dipilih oleh Jawatankuasa Pencalonan anugerah tersebut. Antara calon-calon adalah Robert Cornthwaite (Selangor), Gabriel Guerra (PKNS FC), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Issey Nakajima-Farran (Terengganu) dan Andik Vermansah (Selangor).

Berdasarkan  undian secara online di www.pfam.my yang telah berakhir jam 11.59  pada 4 November 2015, Issey Nakajima-Farran dari pasukan Terengganu telah muncul pemain terbaik bulanan bagi edisi Oktober 2015. Kemenangan ini menjadikan Issey Nakajima-Farran sebagai pemain pertama dalam sejarah penubuhan anugerah ini untuk memenanginya sebanyak dua kali dalam satu musim. Issey telah memenangi anugerah ini pada bulan Ogos 2015. 

Pihak PFAM mengucapkan tahniah kepada Issey Nakajima-Farran kerana  terpilih sebagai pemain terbaik bulanan. Semoga anugerah ini dapat menjadi pembakar semangat kepada beliau untuk lebih bersungguh-sungguh dalam meningkatkan prestasi bersama pasukan.

Hormat dari saya,

Izham bin Ismail

Ketua Pegawai Eksekutif

PFAM

Building the Game