
Persatuan Pemain Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) terus komited dalam usaha memupuk minat dan pembangunan bakat bola sepak di peringkat akar umbi melalui penganjuran buat pertama kali, PFAM Youth Football Tournament 2025. Edisi kali ini telah berlangsung dengan penuh meriah pada 3 Disember 2025 bertempat di Ha Megah Arena, UNITEN, dari jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang.
Kejohanan ini menghimpunkan pasukan dari pelbagai akademi bola sepak dengan memberikan mereka platform kompetitif untuk menonjolkan bakat dan meningkatkan pengalaman dalam suasana pertandingan sebenar.
Edisi tahun ini menampilkan dua kategori utama iaitu Kategori Bawah 15 Tahun (U-15) yang dijalankan sepenuhnya dalam format Cup, di mana pasukan bersaing secara kompetitif untuk merebut gelaran juara.
Manakala Kategori Bawah 12 Tahun (U-12), kejohanan ini menawarkan dua peluang kejuaraan iatu Format Cup untuk pasukan terbaik mara ke peringkat utama dan Format Plate yang memberi peluang kepada pasukan yang tersingkir awal untuk terus bersaing dan menamatkan kejohanan dengan pengalaman bermakna.
β’π Tempat Keempat : Fireball β RM150.00

β’ π Kategori Plate : Mota Academy Putrajaya β RM150.00

Turut hadir, Zaquan Adha, bekas pemain kebangsaan dan wakil daripada PFA Malaysia, turut hadir memberi sokongan kepada para peserta. Kehadiran beliau bukan sahaja menjadi inspirasi kepada pemain muda, malah menunjukkan komitmen PFAM untuk terus dekat dengan komuniti bola sepak akar umbi.PFAM Youth Football Tournament 2025 bukan sekadar pertandingan, tetapi satu usaha menyeluruh untuk menyediakan platform pembangunan awal yang teratur, memupuk nilai disiplin, kerja berpasukan dan karakter positif mencari serta mengenalpasti bakat muda ke arah laluan profesional serta mengukuhkan hubungan PFAM bersama komuniti, akademi dan kelab akar umbi.


