Supporting the Players, Building the Game

Keputusan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my Edisi Julai 2015

WinnerJuly2015KENYATAAN MEDIA

ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BULANAN PFAM-asiana.my EDISI JULAI 2015

 

PETALING JAYA (1 OGOS  2015) – Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) telah menganjurkan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my sebagai satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bolasepak profesional.

Bagi bulan Julai 2015, 5 calon telah dipilih oleh Jawatankuasa Pencalonan anugerah tersebut. Antara calon-calon adalah Safiq Rahim (JDT), Zesh Rehman (Pahang FA), Luciano Figueroa (JDT), Ismail Faruqi (Terengganu FA) dan Mohd Hafiz Kamal (Pahang FA).

Berdasarkan undian secara online di www.pfam.my  yang telah berakhir jam 11.59 malam pada 31 Julai 2015, Luciano Figueroa dari pasukan JDT telah muncul sebagai pemain terbaik bulanan bagi edisi Julai.

Beliau bakal membawa pulang wang tunai RM500.00, sebuah trofi dan gambar beserta bingkai pemain tersebut. Pihak PFAM mengucapkan tahniah kepada Luciano Figueroa kerana  terpilih sebagai pemain terbaik bulanan edisi Julai 2015.

 

Hormat dari saya,

Izham bin Ismail

Ketua Pegawai Eksekutif

PFA Malaysia

Building the Game