Supporting the Players, Building the Game

Keputusan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my Edisi Mei 2015

WinnerMay2015SIARAN AKHBAR

KEPUTUSAN ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BULANAN PFAM-asiana.my EDISI MEI 2015

 

PETALING JAYA (1 JUN  2015) – Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) telah menganjurkan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my sebagai satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bolasepak profesional.

Bagi bulan Mei 2015, 5 calon telah dipilih oleh Jawatankuasa Pencalonan anugerah tersebut. Antara calon-calon adalah Khairul Amri (Lions XII), Dickson Nwakaeme (Pahang FA), Austin Amutu (Kelantan FA), Wan Zaharul Nizam (Kelantan FA) dan Hairuddin Omar (ATM FA).

Berdasarkan undian secara online di www.pfam.my  yang telah berakhir jam 11.59 malam semalam (31 Mei), Wan Zaharul Nizam dari pasukan Kelantan FA telah muncul sebagai pemain terbaik bulanan bagi edisi Mei.

Beliau bakal membawa pulang wang tunai RM500.00, sebuah trofi dan gambar beserta bingkai pemain tersebut. Pihak PFAM mengucapkan tahniah kepada Wan Zaharul Nizam kerana terpilih sebagai pemain terbaik bulanan yang pertama dalam sejarah penganjuran anugerah tersebut.

Hormat dari saya,

Izham bin Ismail

Ketua Pegawai Eksekutif

PFAM

 

 

Building the Game