Sukan bolasepak bukan lagi sekadar hobi. Malah, ia lebih dari itu. Kini, bolasepak dianggap sebagai sebuah industri yang kian pesat berkembang seiring dengan peredaran zaman. Namun masih ada isu-isu dalaman yang tidak berkesudahan seperti tunggakan gaji pemain, pemecahan kontrak dan sebagainya. Oleh yang demikian, PFAM telah diwujudkan demi membela nasib dan menjaga kebajikan para pemain. CEO PFAM, saudara Izham Ismail dalam temubual bersama pihak MobTV telah menerangkan mengenai peranan PFAM dalam isu ini.
Beliau juga telah menekankan akan peri pentingnya penerapan nilai profesionalisma dalam sukan bolasepak di Malaysia. Demi memastikan satu anjakan paradigma berlaku dalam bolasepak, setiap pihak tidak kira pemain, pasukan mahupun penyokong perlulah bersikap profesional.
Sila ikuti perbualan lanjut di http://www.mobtv.my/talkshow-6370.html.