Sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), saya menggesa agar Persatuan Bola Sepak Perlis (Perlis FA) untuk membayar gaji para pemain mereka yang telah tertunggak. Perlis FA telah menahan gaji pemain sehingga tertunggak enam bulan gaji, menyebabkan ramai di antara mereka terpaksa berhenti bermain bola sepak atau melakukan pelbagai pekerjaan lain untuk menyara hidup keluarga mereka.
Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) telah pun mengemukakan kes ini kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dua bulan yang lalu, namun setakat ini masih tiada kesungguhan yang dapat dilihat daripada pihak FAM atau Perlis FA untuk menyelesaikan perkara tersebut. Adalah satu kerugian setiap hari bagi PFAM dan pemain jika isu ini tidak diselesaikan secepat mungkin. Para pemain telah pun menunjukkan kesungguhan mereka di atas padang, maka adalah menjadi tanggungjawab setiap persatuan pula untuk memainkan peranan yang sewajarnya dan memastikan kebajikan pemain sentiasa terpelihara.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Versi Bahasa Inggeris boleh di baca di http://johorsoutherntigers.com.my/2014/12/22/efforts-must-be-made/