
Selepas kejayaan penganjuran program-program terdahulu, PFAM Women’s Football Week 2026 diteruskan dengan PFAM Women’s Pickleball Championship yang berlangsung pada 8 Ogos 2026 di Pickle Rally, Shah Alam.
Berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 1:00 tengah hari, kejohanan ini berjaya menghimpunkan lebih 10 pemain bola sepak wanita dalam satu aktiviti santai yang menggabungkan elemen sukan, persahabatan dan semangat berpasukan.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia, Izham Ismail, yang menyampaikan ucapan pembukaan ringkas sebelum kejohanan bermula.
Format pertandingan PFAM Women Pickleball Championship 2026 menampilkan perlawanan secara berpasukan dan pasangan, sekali gus menggalakkan kerjasama, komunikasi serta semangat berpasukan dalam kalangan peserta.
Persaingan yang sihat dan penuh semangat menyaksikan gandingan Ayuna Anjani dan Siti Zahirah Atirah muncul sebagai juara kejohanan. Tempat kedua menjadi milik pasangan Nur Amirah dan Eusvewana, manakala Nurul Arliana dan NurDiana Syafiqah menamatkan saingan di tempat ketiga. Tempat keempat pula diraih oleh pasangan Nicol Adrynna dan NurAtiqah Batrisyia.
PFAM merakamkan penghargaan kepada semua peserta serta Cosmoderm, FA Selangor, Beast Sport, Sunshine Bakeries dan Julie’s Biscuit atas sokongan dalam menjayakan PFAM Women Pickleball Championship 2026.
𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗙𝗔𝗠 𝗪𝗼𝗺𝗲𝗻 𝗣𝗶𝗰𝗸𝗹𝗲𝗯𝗮𝗹𝗹 𝗖𝗵𝗮𝗺𝗽𝗶𝗼𝗻𝘀𝗵𝗶𝗽 𝟮𝟬𝟮𝟲:
🥇 Juara: Ayuna Anjani & Siti Zahirah Atirah
🥈 Naib Juara: Nur Amirah & Eusvewana
🥉 Tempat Ketiga: Nurul Arliana & NurDiana Syafiqah
4️⃣ Tempat Keempat: Nicol Adrynna & NurAtiqah Batrisyia
Gambar penuh : https://www.facebook.com/share/p/1BejMkDAae/?mibextid=wwXIfr
#PFAMalaysia
#SupportingThePlayers
#BuildingTheGame
#PFAMWFW26





