BARISAN BARU PFAM 2021/2023 TELAH DIBENTUK

PFA MALAYSIA (PFAM) membentuk barisan kepimpinan baharu bagi sesi 2021/2023 dengan Mohd Safee Mohd Sali kekal sebagai Presiden pada Mesyuarat Agung Dua Tahunan kali ke-4 pada 15 Disember yang lalu bertempat di Amverton Cove Golf & Island Resort.

Safee yang kini mendapat mandat untuk menerajui PFAM untuk penggal ke-2 mengucapkan ucapan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan untuk menerajui kepimpinan PFA Malaysia yang mana beliau sifatkan sebagai sebuah organisasi yang kukuh dan boleh terus melangkah dengan lebih jauh pada masa hadapan.

“Kepada semua ahli PFAM, marilah kita berganding bahu dan memberikan sepenuhnya sokongan kepada program-program yang dianjurkan oleh persatuan ini supaya maafaatnya dapat dirasai bersama”

“Ucapan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa terdahulu terutamanya kepada Shahrom Kalam, Shahrul Saad dan S. Subramaniam yang memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi demi membela nasib pemain bola sepak di negara kita. Terima kasih atas khidmat yang telah diberikan.” jelas beliau.

Menurutnya, antara muka baharu yang dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa adalah Mahali Jasuli, Mohd Sharil Sa’ari dan Steffi Sarge Kaur yang dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa pemain wanita PFAM yang pertama dalam sejarah. Mohd Razman Roslan dan Muhammad Zaquan Adha Abdul Radzak yang sebelum ini merupakan Setiausaha dan Ahli Jawatakuasa bagi sesi 2019/2021 kini dipilih sebagai Timbalan Presiden dan Setiausaha Persatuan.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PEMAIN BOLA SEPAK PROFESIONAL MALAYSIA SESI 2021/2023

PRESIDEN
Mohd Safee bin Mohd Sali

TIMBALAN PRESIDEN
Mohd Razman bin Roslan

SETIAUSAHA
Muhammad Zaquan Adha bin Abdul Radzak

BENDAHARI
Mohd Farizal bin Marlias

AHLI JAWATANKUASA
1. Khairul Fahmi bin Che Mat
2. Mahali bin Jasuli
3. Mohd Shahril bin Sa’ari
4. Steffi Sarge Kaur

Share this article:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp