1 . Ayron del Valle (Selangor FC)
Ayron semakin menunjukkan peningkatan dalam prestasinya dan April menjadi bukti kepada perkara tersebut.
3 gol yang dihasilkan Ayron pada April membantu memastikan Selangor terus mencabar kedudukan teratas Liga Super.
2. Leandro Velázquez (Johor Darul Ta’zim)
Pemain Argentina ini menjadi antara nadi penggerak JDT di bahagian tengah.
Selain menyediakan umpanan menarik kepada penyerang, dia juga memiliki keupayaan tinggi dalam meledak jaringan dengan dia menyumbang tiga gol sepanjang April.
3. Hassan Ali Saad (Penang FC)
Pemain import dari Lubnan ini memainkan peranan penting dalam peningkatan prestasi Penang merakam tiga kemenangan berturut-turut bulan ini.
Selain turut meledak tiga jaringan dalam ketiga-tiga perlawanan untuk bawa Penang keluar dari kelompok bawahan.
4. Stefano Brundo (Sri Pahang FC)
Stefano Brundo antara pemain penting Sri Pahang musim ini dimana beliau menampilkan prestasi terbaik di bahagian pertahanan dan menjadi kunci kepada rentak tanpa kalah Pahang dalam saingan Liga Super setakat ini.
5. Paulo Josué (Kuala Lumpur City)
Kapten KL City ini terus memainkan peranan penting buat pasukannya yang menyaksikan skuad City Boys berjaya menamatkan kemarau kemenangan selepas beberapa aksi awal musim ini.
Bermula dengan kemenangan sulung musim ini ketika berdepan Sabah, 5 April lalu, Josue terus memacu KL City merekodkan kemenangan bersih dalam tiga aksi liga selepas itu dengan dia meledak satu gol ketika ketika City Boys menewaskan Kedah Darul Aman (3-2) dan PDRM (3-0).