PERJUMPAAN PFA MALAYSIA BERSAMA PEMAIN NEGERI SEMBILAN FC

Pada 16 Mei 2023, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) meneruskan lagi “PFAM Tour 2023” dengan mengadakan lawatan kelab ke Negeri Sembilan FC di USIM, Nilai

Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi mendidik para pemain bola sepak profesional tentang hak dan tanggungjawab mereka di sisi undang-undang dan juga melindungi kepentingan mereka

Selain itu juga, PFA Malaysia turut menawarkan keahlian baharu kepada para pemain dan juga memperbaharui keahlian sebagai ahli berdaftar dalam PFAM.

Lawatan ini turut dihadiri oleh Presiden PFA Malaysia Safee Sali, Timbalan Presiden Razman Roslan, Setiausaha Zaquan Adha serta Ketua Pegawai Eksekutif Izham Ismail dan juga exco PFAM Mahali Jasuli.

Inisiatif ini juga menekankan komitmen PFAM untuk melindungi, mendidik dan menyatukan pemain bola sepak profesional serta menekankan kepentingan untuk para pemain berkerjasama dan bersuara dalam satu suara kolektif untuk memperbaiki keadaan kerja serta melindungi kepentingan mereka sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp