Pada 10 Mei 2023, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) telah mengadakan satu inisiatif dengan menawarkan keahlian baharu serta memperbaharui keahlian sedia ada dengan mengadakan lawatan kelab bersama pasukan Perak FC dan Perak FC II di Ipoh.
Tujuan lawatan ini diadakan bagi mendidik para pemain bola sepak profesional tentang hak dan tanggungjawab mereka di sisi undang-undang dan juga melindungi kepentingan mereka
Wakil PFAM yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Izham Ismail telah membincangkan mengenai faedah menjadi ahli persatuan, hak dan tanggungjawab undang-undang pemain bola sepak profesional dan peranan persatuan dalam melindungi serta mempromosikan kepentingan pemain bola sepak profesional di Malaysia.
Sesi perjumpaan ini diakhiri dengan perbincangan mengenai pergerakan global pemain bola sepak profesional di bawah FIFPRO yang menekankan kepentingan untuk para pemain berkerjasama dan bersuara dalam satu suara kolektif untuk memperbaiki keadaan kerja serta melindungi kepentingan mereka sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Inisiatif ini juga menekankan komitmen PFAM untuk melindungi, mendidik dan menyatukan pemain bola sepak profesional di Malaysia