KUNJUNGAN PFA MALAYSIA KE AKADEMI BOLA SEPAK NEGARA MOKHTAR DAHARI, GAMBANG

Satu kunjungan PFA Malaysia ke Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari telah diadakan pada 26 Julai 2023 dan kunjungan ini telah diketuai oleh Presiden PFA Malaysia En. Safee Sali dan Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia En. Izham Ismail dan dibantu oleh staff PFAM.

Kunjungan kali ketiga bersama pihak AMD ini diadakan bagi mengadakan satu perkongsian kepada pelatih-pelatih AMD U-17 mengenai Hak Pemain terutama sekali mengenai Kontrak, Pertikaian Masalah & Aktivisme.

Perkongsian ini merupakan langkah awal dalam mempersiapkan pelatih-pelatih AMD untuk mempunyai pengetahuan dalam isu-isu kontrak pemain profesional serta peranan PFAM dalam perkara ini.

Perkongsian ini juga turut disertai oleh ibu bapa pelatih melalui satu Zoom Meeting bagi memudahkan ibu bapa untuk menyuarakan soalan dan cadangan untuk kebaikan pelatih pada masa akan datang.

Pihak PFAM juga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kunjungan ini kepada pihak AMD untuk perkongsian bersama pelatih ini dan semoga para pelatih disini menjadi pemain bola sepak yang berjaya malah menjadi atlet yang hebat untuk negara di masa hadapan.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp