#PFAMTOUR2023 – PERJUMPAAN PFA MALAYSIA BERSAMA PEMAIN SELANGOR FC

Pada 12 Jun 2023, Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) telah mengadakan satu inisiatif dengan menawarkan keahlian baharu serta memperbaharui keahlian sedia ada dengan mengadakan lawatan kelab bersama pasukan Selangor FC di Shah Alam.

Tujuan lawatan ini diadakan bagi mendidik para pemain bola sepak profesional mengenai hak dan tanggungjawab mereka di sisi undang-undang serta melindungi kepentingan mereka sebagai pemain.

Turut hadir dalam lawatan ini, En. Safee Sali Presiden PFA Malaysia, En. Razman Roslan Timbalan Presiden PFA Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Izham Ismail bagi memberikan pandangan berharga tentang hak kontrak pemain, menekankan klausa dan tanggungjawab penting sebagai pemain bola sepak profesional.

Dalam masa yang sama, satu dialog terbuka bersama para pemain Selangor FC telah diadakan bagi membolehkan pemain menyuarakan kebimbangan mereka dan mendapatkan penjelasan

Sesi perjumpaan ini diakhiri dengan perbincangan mengenai pergerakan global pemain bola sepak profesional di bawah FIFPRO yang menekankan kepentingan untuk para pemain berkerjasama dan bersuara dalam satu suara kolektif untuk memperbaiki keadaan kerja serta melindungi kepentingan mereka sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Inisiatif ini juga menekankan komitmen PFAM untuk melindungi, mendidik dan menyatukan pemain bola sepak profesional di Malaysia

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp