PFAM, ISN MEMETERAI SATU MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM) dan Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bagi membentuk satu kerjasama antara PFAM dan ISN dengan pelbagai objektif.
Antara objektif kerjasama ini adalah perkongsian perkhidmatan yang ditawarkan oleh kedua-dua belah pihak untuk faedah dan pulangan yang bersesuaian kepada semua pihak.
Dengan MoU ini juga, pihak PFA Malaysia bersama pihak ISN juga dapat mengembangkan peluang pekerjaan melalui sinergi, usahasama dan pakatan strategik selain dapat menambahkan pengetahuan dan kepakaran melalui perkongsian pengalaman dan ilmu pengetahuan.
Majlis ini telah dihadiri oleh Presiden PFA Malaysia En. Safee Sali, Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia En. Izham Ismail dan Eksekutif Perundangan En. Syafiq Jebat.
Seiring dengan pelancaran Majlis Perasmian ISN Inspire 2023 sempena ulang tahun ke-12 ISN pada 16 September 2023, Majlis perjanjian persefahaman (MoU) ini turut disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Yang Berhormat Adam Adli.
Sesi pertukaran dokumen ini telah dilaksanakan oleh Presiden PFA Malaysia bersama Ketua Pegawai Eksekutif ISN En. Ahmad Faedzal Md Ramli sebagai satu simbolik kerjasama pihak PFAM bersama ISN.
Di PFAM, kami berdedikasi untuk memajukan hak kepentingan pemain bola sepak profesional dan mempromosikan pembangunan bola sepak di Malaysia.
Dengan kerjasama ini, PFA Malaysia percaya bahawa melalui kerjasama dan perkongsian dengan Institut Sukan Negara (ISN), kami boleh bekerjasama untuk meningkatkan lagi persekitaran pekerjaan sebagai pemain bola sepak profesional dengan lebih baik.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp