Alvin Fortes Dinobatkan Sebagai Grab Player of the Month Liga Super 2024/2025 edisi Disember & Januari

 

Malam gemilang buat Alvin Fortes sebelum pertembungan sengit antara Selangor FC dan Sabah FC, sorotan utama diberikan kepada majlis istimewa penyerahan anugerah Grab Player of the Month Liga Super 2024/2025 yang berlangsung dengan penuh meriah.

Untuk edisi Disember-Januari, bintang lincah Selangor FC, Alvin Fortes, muncul sebagai pilihan utama peminat dengan 36.94% jumlah undian. Fortes membuktikan bahawa aksi cemerlangnya di padang bukan sahaja memukau penyokong tetapi juga meletakkannya sebagai pemain paling menyerlah dalam tempoh tersebut.

Anugerah berprestij ini disampaikan oleh Hayasi Bin Muhammad, Rakan Pemandu Grab Malaysia yang menandakan sokongan Grab terhadap perkembangan bola sepak tempatan. Sebagai penghargaan atas usaha dan kecemerlangannya, Fortes menerima trofi khas serta wang tunai berjumlah RM3,000 daripada Grab Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Alvin Fortes atas kejayaan ini! Diharapkan beliau terus mengekalkan prestasi terbaik dan memberikan lebih banyak aksi memukau dalam saingan Liga Super musim ini.

PFAM dan MFL juga merakamkan penghargaan kepada Grab Malaysia atas sokongan mereka dalam memartabatkan bola sepak tempatan melalui anugerah ini. Semoga program ini terus memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain untuk memberikan persembahan terbaik bagi pasukan dan penyokong mereka!

Teruskan menyokong bintang kegemaran anda dan nantikan edisi seterusnya Grab Player of the Month – siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemain terbaik?

#GRABPOTM2425
#SedekadPFAMalaysia
#SupportingThePlayers
#BuildingTheGame

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp