#PFAMTOUR2023 – PERJUMPAAN PFA MALAYSIA BERSAMA PEMAIN KUALA LUMPUR CITY FC

Satu perjumpaan PFA Malaysia bersama pemain Kuala Lumpur City FC telah diadakan pada 23 Ogos 2023 bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Perjumpaan ini diadakan bagi mengadakan satu perkongsian mengenai tugas PFA Malaysia mendidik para pemain bola sepak profesional mengenai hak dan tanggungjawab mereka di sisi undang-undang selain melindungi kepentingan mereka sebagai seorang pemain.

Inisiatif perjumpaan ini juga diadakan bagi menawarkan pembaharuan keahlian ahli sedia ada dan juga menawarkan keahlian baharu kepada para pemain serta mengadakan satu sesi kaji selidik mengenai insurans yang khusus untuk pemain bola sepak profesional.

Turut hadir pada perjumpaan ini, Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia En. Izham Ismail bagi memberikan pandangan berharga mengenai hak kontrak pemain, penekanan terhadap klausa serta tanggungjawab sebagai pemain bola sepak profesional.

Dalam masa yang sama, satu dialog terbuka pihak PFAM bersama para pemain Kuala Lumpur City diadakan bagi membolehkan para pemain untuk berkongsi pendapat dan menjawab segala pertanyaan sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Sesi perjumpaan ini diakhiri dengan satu perbincangan mengenai pergerakan global pemain bola sepak profesional di bawah FIFPRO yang menekankan para pemain untuk berkerjasama dan bersuara dalam satu suara yang kolektif bagi melindungi kepentingan mereka sebagai seorang pemain.

Dengan perjumpaan ini, PFAM tetap komited untuk melindungi, mendidik dan menyatukan para pemain bolasepak profesional yang ada di Malaysia bagi meningkatkan lagi persekitaran pekerjaan sebagai pemain bola sepak profesional dengan lebih baik.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp