1. Manuel Hidalgo (Kedah Darul Aman)
Hidalgo menjadi pemain yang cukup penting buat Kedah dalam misi mereka mengejar kedudukan kedua liga.
Hatrik bantuan gol Hidalgo ketika bertemu JDT adalah detik kecemerlangan pemain ini pada Ogos.
2.Engku Nur Shakir (Terengganu FC)
Pemain ini mengalami transformasi cemerlang bersama-sama Terengganu dengan prestasinya membolehkan namanya berada dalam senarai menunggu Harimau Malaya.
Berhasil menjaringkan tiga gol dalam saingan liga dan Piala Malaysia. Nama ini sememangnya tidak boleh diendahkan.
3.Kamal Azizi Mohamad Zabri (Kuala Lumpur City FC)
Kamal Azizi muncul pemain paling banyak beraksi bersama Kuala Lumpur City FC musim ini dengan dia menjadi antara tunjang kepada tonggal pertahanan City Boys.
4.Harith Haiqal (Selangor FC)
Harith mencuri tumpuan dibahagian pertahanan Selangor selepas berjaya beraksi cemerlang dalam membantu Selangor mengekalkan kedudukan kedua liga.
Bukan itu sahaja, pemain ini turut tajam di depan pintu gol dengan menyumbat 3 jaringan dalam saingan liga.
5.Heberty Fernandes (Johor Darul Ta’zim FC)
Heberty membuktikan bahawa kehadiran dia dalam skuad JDT berjaya memberi impak besar buat Harimau Selatan.
Biarpun baru menyertai skuad itu pada jendela perpindahan kedua, namun Heberty sudah menunjukkan bisanya dan menjadi antara pemain digeruni dalam saingan Liga Malaysia.