METRO RANGERS UNGGULI KARNIVAL BOLING SUKAN MEDIA PFAM 2023

 

Pada 7 November 2023, PFA Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) telah mengadakan satu Karnival Boling Sukan PFAM 2023 di Wangsa Bowl One Utama, Damansara Utama semalam.

Karnival Sukan PFAM ini telah memasuki edisi keempat sejak penubuhan PFA Malaysia pada tahun 2014 dimana buat pertama kali sukan “Indoor” telah diadakan untuk edisi kalini dengan kehadiran seramai lebih daripada 50 peserta daripada pelbagai agensi media hadir seperti Astro Arena, TV3, RTM, BERNAMA,  Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Utusan Malaysia, Spacelabs Production, Media FAM dan Juga Media MFL.

Turut hadir semalam, Presiden PFA Malaysia En. Safee Sali, Timbalan Presiden PFA Malaysia En. Razman Roslan, Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia En. Izham Ismail serta Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) En. Ismadi Abdul Manap.

Metro Rangers telah mengungguli untuk kategori Individu lelaki (Juara: Ahmad Najib Abd Rahman – 348 Jatuhan Pin, Naib Juara: Asrizal Aris – 338 Jatuhan Pin, ketiga: Mohammad Jamilul Anbia – 325 Jatuhan Pin) sekaligus menjadi juara kumpulan untuk Karnival Boling Sukan Media 2023 dengan jatuhan pin sebanyak 1200 dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500, trofi kejohanan serta hamper.

Naib Juara dari pasukan Utusan Malaysia dengan jatuhan pin sebanyak 1027 telah membawa pulang Wang Tunai sebanyak RM300 dan juga trofi kejohanan serta hamper. Ditempat ketiga pula jatuh kepada pasukan RTM Bowlers dengan jatuhan pin sebanyak 1012 sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 dan juga trofi Kejohanan serta hamper.

Untuk kategori individu wanita, Juara telah disandangi oleh Syazana dari Utusan Malaysia dengan jatuhan pin sebanyak 357 sekaligus membawa pulang trofi serta hamper manakala Naib Juara telah disandang oleh Noraini dari RTM Bowlers (277 jatuhan pin) dan ditempat ketiga ialah Mia Ibrahim daripada Malaysian Football League (217 jatuhan pin).

Pihak PFA Malaysia juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan bersama pihak OPI Drink yang sudi menaja air minuman protein pertama di Malaysia serta Ara Damansara Medical Centre yang telah membuka kaunter pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk para peserta semasa karnival ini berlangsung.

Selain itu juga, PFA Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada pihak media kerana sudi hadir menjadi peserta untuk Karnival Boling Sukan Media PFAM 2023 yang bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara PFA Malaysia dan pihak media yang memainkan peranan yang sangat penting dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan dengan hak pemain dan fungsi PFA Malaysia dalam mempertahankan hak pemain bola sepak di Malaysia.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp