DELEGASI PFA MALAYSIA MENGHADIRI FIFPRO GENERAL ASSEMBLY 2023 DI AFRIKA SELATAN

 

Pada 20-24 November 2023, kesatuan ahli FIFPRO daripada lima bahagian serantau dunia telah menghadiri FIFPRO General Assembly 2023 di Cape Town, Afrika Selatan.

Tahun lalu, Perhimpunan ini telah diadakan di Montevideo, Uruguay dan Perhimpunan Agung FIFPRO telah kembali ke benua Afrika buat kali pertama sejak 2017 yang diadakan di Cairo, Mesir manakala Cape Town ditetapkan untuk menjadi tuan rumah edisi 2023.

Turut hadir bersama, delegasi PFA Malaysia yang diwakili oleh Presiden En. Safee Sali, Timbalan Presiden En. Razman Roslan dan Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia.

 

 

Acara yang berlangsung selama empat hari itu memberi peluang kepada FIFPRO dan 66 ahli kesatuan di seluruh dunia untuk menyelaras strategi global, berkongsi pandangan yang terbaik bagi aktiviti yang telah dilakukan pada tahun sebelum ini.

Selain itu juga, acara tahunan itu menawarkan persatuan pemain peluang untuk terlibat dalam dialog terbuka dan berkongsi pengetahuan tentang pelbagai perkara berkaitan industri untuk memenuhi keperluan pemain bola sepak profesional di seluruh dunia dengan lebih baik.

 

 

Menurut David Aganzo selaku Presiden FIFPRO, dunia bola sepak sedang bergerak pantas dan keperluan menyesuaikan diri dengan proaktif dan menitikberatkan hak pemain lelaki dan wanita.

“Kita juga harus dapat berkembang dan menyesuaikan diri pada kadar yang sama, supaya kita dapat mewakili semua pemain bola sepak dengan baik di peringkat global”.

 

 

Menurut Presiden South African Football Player Union (SAFPU) Thulaganyo Gaoshubelwe, beliau berbesar hati bahawa SAFPU menerima penghormatan untuk menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung FIFPRO pada tahun ini.

Ujar Thulaganyo Gaoshubelwe, acada penting ini bukan sahaja membuka pintu kepada pertukaran pengetahuan dan amalan terbaik di peringkat global.

 

Sumber : 

https://fifpro.org/en/who-we-are/fifpro-members/all-you-need-to-know-ahead-of-2023-fifpro-general-assembly
https://fifpro.org/en/who-we-are/fifpro-members/fifpro-and-member-unions-engage-in-constructive-dialogue-at-general-assembly-in-south-africa

 

 

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp