PFA Malaysia dan Kenya Footballers Welfare Association (KEFWA) telah mengadakan satu pertemuan bersama semasa berlangsungnya FIFPRO General Assembly 2023 Afrika Selatan.
Hadir dalam pertemuan ini, En. Safee Sali selaku Presiden, Timbalan Presiden En. Razman Roslan, Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia En. Izham Ismail dan Presiden KEFWA James Situma.
Pertemuan bersama ini diadakan setelah PFAM, KEFWA, bersama-sama FIFPRO dan FIFPRO Afrika berjaya menyelesaikan isu pemain warganegara Kenya Davis Agesa Amuzu terkandas di Kuala Lumpur selama empat bulan setelah ditipu oleh ejen pemain palsu yang menjanjikan untuk menyertai sebuah kelab bola sepak di Malaysia.
Kisah Agesa Amuzu sejajar dengan kempen yang dilancarkan oleh FIFPRO Afrika dan FIFPRO Asia dengan kerjasama Yayasan Didier Drogba dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) tahun ini, untuk mendidik pemain bola sepak tentang risiko yang berkaitan ejen palsu.
Baca berita PFAM & KEFWA gabung tenaga bantu pemain Kenya ditipu ejen palsu di sini
https://pfam.my/2023/10/16/pfam-kefwa-gabung-tenaga-bantu-pemain-kenya-ditipu-ejen-palsu/