PFAM ADAKAN PERSIDANGAN PERUBATAN BUAT JULUNG KALI

 

Pada 22 Februari 2024, Persatuan Pemain-Pemain BolaSepak Profesional Malaysia telah mengadakan Persidangan Perubatan 2024 buat pertama kali PFA Malaysia ditubuhkan di Dewan Perdana Institut Sukan Negara (ISN), Kuala Lumpur.

Persidangan ini diadakan bagi mengumpulkan warga perubatan dari pelbagai agensi, wakil pasukan dan pemegang taruh bola sepak Malaysia yang berkaitan bagi membincangkan topik seperti kecederaan dan pemulihan dalam sukan serta insurans sukan.

Persidangan ini dibuka dengan ucapan dari Ketua Pegawai Perubatan FIFPRO, Prof Dr Vincent Gouttebarge. Dalam sesi pertama, Dr Rahmani Jaffar selaku moderator telah membincangkan topik mengenai kecederaan dan pemulihan dalam sukan bersama panel lain seperti Dr. Jasmiza Khuzairi Jasme pakar perubatan dari Institut Sukan Negara, Dr. Arshad Puji perunding perubatan sukan Ara Damansara Medical Centre serta Fatin Shahida Azmi, pemain bola sepak wanita kebangsaan.

Untuk sesi kedua, topik mengenai pengenalan insurans sukan khusus untuk atlet juga telah dibincangkan bersama dengan panel seperti Christina Lim selaku Ketua Gaya Hidup dan Kesihatan Tune Protect, Kelvine Demetrius, Penasihat Undang-Undang Selangor FC serta En. Faliq Firdaus selaku Ketua Pegawai Eksekutif Negeri Sembilan FC.

Turut hadir bersama, Timbalan PFA Malaysia, En. Razman Roslan serta Ketua Pegawai Eksekutif, En. Izham Ismail dalam persidangan ini.

Melalui persidangan perubatan ini, ia merupakan satu instrumen buat para pengamal perubatan bagi membincangkan serta memberikan pandangan dari kaca mata seorang pengamal perubatan mengenai isu kesihatan dan kebajikan untuk seseorang atlet, khususnya pemain bola sepak profesional.

PFAM mengharapkan agar melalui persidangan perubatan ini dapat menjadi satu titik permulaaan bagi membantu serta memajukan lagi penekanan mengenai kesihatan serta kebajikan atlet khusus untuk pemain bola sepak profesional di Malaysia

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp