PFA Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Safee Sali atas kepimpinan dan dedikasi beliau sepanjang menjawat jawatan Presiden PFA Malaysia dari tahun 2019 hingga 2025.
Sebagai bekas pemain kebangsaan yang disegani, En. Safee telah membawa suara pemain ke peringkat yang lebih tinggi memperjuangkan hak, kebajikan, dan profesionalisme dalam industri bola sepak tempatan. Kepimpinan beliau menjadi simbol perjuangan bekas pemain untuk membentuk masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Terima kasih atas segala sumbangan dan jasa. Selamat maju jaya dalam apa jua langkah yang bakal diambil selepas ini. Legasi anda akan sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan PFA Malaysia.
#PFAMalaysia
#TerimaKasihSafee
#SupportingThePlayers
#BuildingTheGame