DELEGASI PFA MALAYSIA HADIR DALAM PERHIMPUNAN AGUNG FIFPRO ASIA/OCEANIA DI TOKYO, JEPUN

PFA Malaysia telah menghadiri Perhimpunan Agung FIFPRO Asia/Oceania yang berlangsung di Tokyo, Jepun dari 14 hingga 18 Jun 2025.

Delegasi PFA Malaysia diketuai oleh Presiden, En. Safee Sali, bersama Naib Presiden FIFPRO Asia/Oceania merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia, En. Izham Ismail. Kehadiran ini mencerminkan komitmen berterusan PFA Malaysia dalam memperkukuh jaringan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam memperjuangkan kebajikan serta hak pemain bola sepak profesional.

Perhimpunan ini turut disertai oleh wakil-wakil persatuan pemain dari seluruh rantau Asia dan Oceania termasuk Australia, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Qatar, Uzbekistan, Thailand, New Zealand, Republik Korea, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Arab Saudi.

Antara agenda penting yang dibentangkan adalah kempen Anti-Asian Racism in Football, sebuah inisiatif serantau yang bertujuan menangani diskriminasi dan serangan berunsur perkauman terhadap pemain Asia dalam bola sepak, sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Kempen ini menekankan kepentingan solidariti, pendidikan dan tindakan kolektif dalam membanteras isu perkauman yang masih berleluasa dalam sukan.

Melalui sesi-sesi perbincangan dan pembentangan, pelbagai isu turut dibincangkan termasuk pemerkasaan hak pemain, pembangunan kesatuan pekerja dalam bola sepak, serta strategi kolaboratif dalam menghadapi cabaran masa depan industri sukan.

Gambar penuh : https://www.facebook.com/share/p/1GV1Tdeg5s/

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp