KENNY PALLRAJ DINOBATKAN ORTUSEIGHT MALAYSIA BEST PLAYER OF THE CAMP

 

PFAM Offseason Camp 2026 melabuhkan tirainya dengan pengiktirafan kepada Kenny Pallraj apabila beliau dinobatkan sebagai Ortuseight Malaysia Best Player of the Camp.
Anugerah ini diberikan berdasarkan penilaian barisan kejurulatihan sepanjang kem berlangsung, merangkumi aspek komitmen, prestasi di atas padang serta kepimpinan yang dipamerkan sepanjang empat hari program.
Sepanjang kem, Kenny menunjukkan disiplin yang tinggi dalam setiap sesi latihan, selain menjadi contoh kepada peserta lain menerusi sikap profesional dan semangat untuk terus meningkatkan prestasi.
Tahniah diucapkan kepada Kenny Pallraj atas pencapaian ini, dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ortuseight Malaysia atas sokongan berterusan sebagai Rakan Rasmi Kit Latihan & Peralatan PFAM Offseason Camp 2026 dalam usaha memperkasakan pembangunan pemain bola sepak profesional di Malaysia.

Share this article:

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp