
PFAM dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) membuka peluang kepada anda untuk menyertai Kursus Kejurulatihan Diploma ‘C’ AFC/FAM.
Kursus ini terbuka kepada semua, dengan keutamaan diberikan kepada pemain bola sepak profesional yang ingin memulakan langkah dalam dunia kejurulatihan dan membina kerjaya selepas persaraan.
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu, meningkatkan kemahiran dan memperoleh lesen kejurulatihan yang diiktiraf AFC/FAM.


