Supporting the Players, Building the Game

Keputusan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-asiana.my Edisi September 2015

WinnerSeptember

KENYATAAN MEDIA

ANUGERAH PEMAIN TERBAIK BULANAN PFAM-asiana.my EDISI SEPTEMBER 2015

PETALING JAYA (12 Oktober  2015) – Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) telah menganjurkan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my sebagai satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bolasepak profesional.

Bagi bulan September 2015, 5 calon telah dipilih oleh Jawatankuasa Pencalonan anugerah tersebut. Antara calon-calon adalah  Sandro da Silva Mendonca (Kedah), Azamuddin Akil (Pahang), Muhammad Farhan Roslan (Kedah), Azizon Abdul Kadir (Perak) dan Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan).

Berdasarkan  undian secara online di www.pfam.my yang telah berakhir jam 11.59  pada 8 Oktober 2015, Sandro da Silva Mendonca dari pasukan Kedah telah muncul pemain terbaik bulanan bagi edisi September 2015. 

Pihak PFAM mengucapkan tahniah kepada Sandro da Silva Mendonca kerana  terpilih sebagai pemain terbaik bulanan.  Semoga anugerah ini dapat menjadi pembakar semangat kepada beliau untuk lebih bersungguh-sungguh dalam meningkatkan prestasi bersama pasukan.

Hormat dari saya,

Izham bin Ismail

Ketua Pegawai Eksekutif

PFAM

 

 

Building the Game